Kes Maut Dipanah Petir

Baru-baru ni kita ada terbaca berita pasal budak sekolah rendah maut dipanah petir. Dengar je perkataan petir kita dah dapat membayangkan betapa dahsyatnya kesan petir tersebut. Dengan dentuman bunyi yang kuat! Panahan kilat yang beribu voltan. Hingga mengakibatkan kematian.

Kes Dipanah Petir:
Seorang murid dan dua bapa murid maut dipanah petir di perhentian bas di Batu Pahat.
Kedua-dua bapa itu meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan dalaman badan dan melecur. Manakala seorang lagi budak sekolah rendah yang berusia 9 tahun, meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. Terdapat kesan kecederaan pada kepala dengan kesan terbakar di rambut serta kerosakan paru-paru pada budak tersebut.

Kes maut dipanah petir, budak sekolah rendah kena panahan petir, mangsa mati akibat dipanah petir dan kilat, gambar petir, foto kilat, kesan panahan petir, bahaya petir, dipanah kilat, kematian akibat petir, disambar petir
Banyak kes dipanah petir menyebabkan kematian

Malah kat tempat aku ni, pun ada jugak kes dipanah petir. Berlaku tahun lepas, mangsa tu memang dah berusia. Pergi ke hutan untuk berburu. Keluarga dia pun ternanti-nanti la jugak kepulangan si mangsa ni, tapi tak balik-balik. Diorang risau..sebab malam sebelum tu cuaca memang tak bagus. Hujan lebat, kilat sabung-menyabung.

Keesokan harinya, saudara mara dia pun pergi la mencari si mangsa kat hutan. Jumpa. Tapi dah tak bernyawa. Ada kesan terbakar kat badan. Diorang syak mangsa meninggal dunia akibat dipanah petir.

Kes maut dipanah petir, budak sekolah rendah kena panahan petir, mangsa mati akibat dipanah petir dan kilat, gambar petir, foto kilat, kesan panahan petir, bahaya petir, dipanah kilat, kematian akibat petir, disambar petir
Bahaya panahan kilat

See, bahaya petir ni. Kalau kita jangkakan cuaca tak bagus, dah nampak tanda-tanda bakal berlakunya kilat, petir.. Segeralah mencari tempat berteduh yang selamat. Kat tempat aku ni, kalau dah tiba musim hujan, angin kencang dan kuat, sampai berasa bergoyangnya kuarters kami ni ditiup angin. Seriau..nak tidur pun tak lena. Angin tersangat la kuat!

Tu belum campur dengan bunyi guruh di langit, berdentam-dentum! Jeling kat tingkap, memang nampak cahaya berkelip-kelip. Cahaya panahan kilat! Err..pengalaman yang menakutkan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments