Firqin & Qiqil Tersingkir Konsert The Band Minggu 4

Konsert The Band Minggu 4 telah disiarkan hari Sabtu lepas dengan menyaksikan persaingan hebat di antara kesemua peserta yang menyertai program The Band ini. Konsert The Band minggu keempat membawa tema rapperazi.

Kumpulan yang berentap dalam Konsert The Band Minggu 4 ialah Xtrim, Alpha, Xcess, Rania, Anggun dan Tiara. Untuk persembahan Konsert The Band minggu keempat, masing-masing telah menunjukkan kehebatan dalam nyanyian rap dan tarian hip hop.

Namun ada juga rekrut yang tidak berjaya menambat hati Ejen The Band iaitu Yusry dan Datuk Aznil Hj Nawawi. Rekrut yang dimaksudkan adalah Firqin, Qiqil, Danish Dash, Eriko dan Tiara Ross. Setiap seorang dari mereka diminta membuat persembahan semula secara solo.

Firqin merupakan peserta yang kali keduanya melalui proses penyingkiran. Manakala, bagi Qiqil itulah pengalaman pertamanya dalam melalui proses penyingkiran. Di mana mereka semua ini diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam nyanyian dan tarian, sebelum diumumkan..siapakah yang akan tersingkir. Malangnya nasib tidak menyebelahi Firqin dan Qiqil apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta keenam dan ketujuh tersingkir untuk minggu 4 ini.

Firqin dan Qiqil tersingkir Konsert The Band Minggu 4


Gambar firqin, biodata firqin, Firqin & Qiqil Tersingkir Konsert The Band Minggu 4
Gambar Peserta The Band - FIRQIN

BIODATA FIRQIN

Nama sebenar Firqin : Firqin Balqisham Binti Azman
Tarikh Lahir : 27 November 1995
Umur : 19 tahun
Asal : Selangor
Penyanyi Kegemaran : Bruno Mars, Frank Sinatra, Aizat

Gambar qiqil, Firqin & Qiqil Tersingkir Konsert The Band Minggu 4, biodata qiqil
Gambar Peserta The Band - QIQIL

BIODATA QIQIL

Nama sebenar Qiqil : Mohd Syaqil Bin Muhamad Fadilah
Tarikh Lahir : 8 September 1995
Umur : 19 tahun
Asal : Singapore
Penyanyi Kegemaran : Rain, Adam Lambert, Justin Bieber

Peserta tersingkir Konsert The Band Minggu 2 : Luffy

Penyingkiran Firqin dan Qiqil telah diumumkan oleh hos ‘The Band’, Awal Ashaari.
Konsert The Band bersiaran secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135).
Manakala Whazzup The Band pula akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam serta X The Band pada setiap Ahad, jam 10.00 malam.

6 comments

muka llki ni mirip sorg kawan zara kat bangku skolah dlu.. hahha

jarang tengok sebab hujung minggu duk layan bola..


EmoticonEmoticon