Kerana Terpaksa Aku Relakan – drama slot Akasia TV3

Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan

Kerana Terpaksa Aku Relakan mengisahkan angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina (Izreen Azminda) musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin (Amar Baharin), si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin (Syafiq Kyle) juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

Adakah Tajul Razin akan disatukan dengan Indah Halina? Atau pun Indah Halina akan dijodohkan dengan Tajul Fahin? Bagaimana pula dengan nasib emak dan kakak tirinya yang jahat itu? Adakah suatu hari nanti mereka akan dipertemukan dengan Indah Halina semula? Saksikan segalanya dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.
  

Gambar Kerana Terpaksa Aku Relakan 

Kerana Terpaksa Aku Relakan – drama slot Akasia TV3, sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan, gambar Kerana Terpaksa Aku Relakan, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin - Tajul Razin, Syafiq Kyle - Tajul Fahin, Izreen Azminda - Indah Halina, Facebook Page: Kerana Terpaksa Aku Relakan, beli novel Kerana Terpaksa Aku Relakan secara online

Facebook Page: Kerana Terpaksa Aku Relakan
Klik dan beli novel Kerana Terpaksa Aku Relakan secara online
Harga novel Kerana Terpaksa Aku Relakan
Harga asal: RM27.00
Harga promosi: RM24.00

Drama terbaru berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan akan menggantikan drama Aku Isterinya. Nak tahu ending drama Aku Isterinya? BACA: Aku Isterinya Episod Akhir. Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan menampilkan pelakon terkenal iaitu Amar Baharin - Tajul Razin, Syafiq Kyle - Tajul Fahin dan Izreen Azminda - Indah Halina. Jangan lupa, saksikan drama terbaru Kerana Terpaksa Aku Relakan di kaca tv anda di TV3.

Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan

Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda - Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspektor Aryan
Ika Nabella - Hasma
Nadia Aqilah Bajuri – Zawati

Saksikan drama slot Akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan
Tarikh drama Kerana Terpaksa Aku Relakan mula ditayangkan: 19 Mei 2014
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7.00 petang hingga 8.00 malam
Saluran: TV3

15 comments

wah.. macam menarik je kisah ni..

ni yg terasa nak terjah kedai buku sekarang ni...cm cinderella pulak hehe

citer ni sedih gile !!! last year ada baca buku ni . ada ke patut dia tinggalkan indah kat rnr masa nak kawen ? gile punya kakak :p

ahh, means that aku isterinya nk hbis dah larr.. hohoo :)

ohh ni la drama yg bakal menggatikan drama Aku Isterinya.. Nampaknya drama Aku Isterinya dah nak abis laa.. huhuhu..

This comment has been removed by the author.

ehh..ada iqram dinzly kah? ni mesti tertukar dgn drama BKATC ni kan..

X sabarnya nak tgu citer ni habis. Stress tgk hr hr.


EmoticonEmoticon