Pernah tengok kawan kita gosok tomato di wajah
mereka? Anda pernah buat? Yumida sendiri pun tak pernah buat. Pernah tengok
orang buat je. Rasanya kalau tomato tu digosok kat wajah, sure rasa sejuk. Kan
isi tomato ala-ala gel. Jom ketahui 6 khasiat yang terkandung dalam buah
tomato.
Khasiat Buah Tomato
1. Khasiat tomato dalam mencantikkan kulit
Tomato sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit.
Tomato mengandungi vitamin A dan C menjadikannya antioksidan yang
bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.
2. Khasiat tomato dalam mencerahkan kulit
Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu
untuk mencerahkan kulit. Sebab itu, kebanyakan bahan kosmetik menggunakan
tomato sebagai bahan asas dalam penghasilan produk kecantikan mereka.
3. Khasiat tomato dalam mendapatkan kulit yang segar
dan berseri
Buah tomato mentah boleh dijadikan pupur atau
bahan mencuci muka. Jika sering digunakan setiap hari, ia akan menjadikan
kulit kita bertambah cerah, berseri, bersinar dan tampak segar kemerahan.
4. Khasiat tomato dalam menghapuskan jerawat
Khasiat tomato juga menghilangkan jerawat.
Caranya, gosok buah tomato mentah di wajah. Tomato mengandungi asid sitrat
yang menyingkirkan kotoran dan lemak pada kulit wajah.
5. Khasiat tomato dalam kesihatan mata bagi yang
rabun malam
Pengambilan tomato bagus untuk kesihatan mata.
Tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam.
6. Khasiat tomato menghasilkan rambut yang lebat dan
berkilau
Pengambilan tomato secara berterusan juga membantu
kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau.
Sumber: Hmetro
Itulah khasiat buah tomato. Tomato yang berperanan
dalam kecantikan. Bagus dari segi mencantikkan kulit, mencerahkan kulit,
mendapatkan rambut yang sihat, malah membantu mengatasi masalah rabun malam.
So, jom kengkawan mulai hari ni kita amalkan pemakanan tomato.
16 comments
malangnya saya tak berapa minat tomato
wah banyak nya khasiat tomato... bukan jak sedap dlm masakan tapi khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan pun banyak..
selamat pagi jumaat
anum singgah pagi jap lagi bz day
keep in touch
hehe .. ! suka-suka tomato.. kadang kalo nak mbik syur bersup, mbik tomato bnyk2.. baik untuk kulit, ~ hehe =P
suke makan tomato mentah...
Tomato turun harga sekrang ni Yumida..boleh beli bebanyak
byk btul manfaatnyer.. apa2 pun tomato mmg sedap dimakan begitu sahaja
Yes memang setuju sangat! Sy amalkan memang berkesan
Esok pagi zumal nak pergi pasar tani beli tomato banyak2 la :)
suka sgt mkn tomato..yummy sedap..
Banyaknya khasiat tapi kamek sik suka tomato.
i like tomato. . hehehe tapi kulit tak cantik pun sbb kurang makan tomato kot. . hehe
Wah best.. saya suka tomato. Lebih2 lagi klu makan dgn nasi ayam.. best klu ada tomato bnyk.. :)
Tomato mmg bagus ;D
husna makan tomato je..tak pernah lg letak kat muka..
adik husna buat.. mana ntah dya tiru..>.<
Akak selalu masukkan tomato dlm masakan
EmoticonEmoticon