Drama Korea God’s Gift – 14 Days Episod Akhir telah pun disiarkan semalam. Drama yang penuh suspens,
kejutan! Siapa sangka orang terdekat, orang yang begitu rapat sekali dengan
Saet Byul merupakan pembunuhnya. Yang mana sebelum ini, Saet Byul telah
ditakdirkan mati lemas di tasik terbiar. Sungguh daku tak sangka! Nak tahu
siapa pembunuh Saet Byul? Jom baca God’s Gift – 14 Days Episod Akhir.
God’s Gift – 14 Days Episod Akhir
Anak presiden mengaku membunuh
kekasih Dong Chan, Moojin. Hal itu membuatkan darah Dong Chan membuak-buak.
Dong Chan mencekik leher Haephatus hingga dia sukar bernafas. Kim Soo Hyun lakonan
Lee Bo Young iaitu emak Saet Byul cuba menghalang Dong Chan kerana khuatir
menyebabkan Haephatus mati tercekik.
Pak cik yang tinggal di rumah
Dong Chan telah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. Dong Chan menerima
panggilan untuk melawat pak cik tersebut di hospital. Dong Chan lantas teringat
yang mana ketika hari terakhir iaitu 14 hari dia dihidupkan semula, tarikh
tersebut merupakan tarikh pak cik yang menjanjikan wang 10 ribu dolar kepadanya
meninggal dunia. Dong Chan segera bergegas ke hospital.
Di hospital, pak cik menyerahkan
sampul yang akan membantu abangnya terlepas daripada menerima hukuman mati. Seperti
yang kita sedia maklum, abang Dong Chan disabitkan membunuh Moojin. Sampel
tersebut mengandungi bukti pengakuan orang yang terlibat dalam pembunuhan
Moojin. Rupanya, anak kepada pakcik tersebut terlibat dalam pembunuhan Moojin!
Kerana itu pakcik tersebut berpura-pura menjadi orang miskin dan tinggal di
rumah Dong Chan. Dia berasa sangat bersalah kepada Dong Chan.
Mengetahui hal itu, membuatkan
Dong Chan naik berang. Selama ini dia menuduh abangnya melakukan pembunhan
terhadap kekasihnya. Rupanya sangkaannya meleset sama sekali. Dong Chan
berusaha menyelamatkan abangnya daripada dikenakan hukuman mati.
Ayah Saet Byul merayu kepada
setiausaha presiden untuk menyerahkan anaknya yang telah diculik. Setiausaha
berhati busuk tersebut mempergunakan ayah Saet Byul yang juga merupakan peguam dalam
kes pembunuhan Moojin. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya dilepaskan.
Setiausaha menggugut Dong Chan
untuk menyerahkan bukti akuan tersebut. Jika tidak dia akan membuat tuduhan
ibunya merancang kes penculikan Saet Byul. Yang mana ibunya nanti akan
dikenakan hukuman undang-undang. Kerana terpaksa, Dong Chan menyerahkan bukti
akuan tersebut.
Ibu Dong Chan terkejut melihat
kehadiran Dong Chan. Selepas Moojin dibunuh dan abangnya dituduh atas kes
pembunuhan itu, dia jarang kembali ke rumah. Dong Chan makan bersama
keluarganya dan mengambil gambar bagi potret keluarga. Mungkin inilah kenangan
terakhir dia bersama keluarganya.
Ibu Saet Byul datang berjumpa
presiden. Dia ingin menjelaskan kisah sebenar pembunuhan Moojin yang melibatkan
anaknya. Pada awalnya, presiden begitu sukar menerima berita tersebut. Semasa
presiden ingin bertanyakan sendiri kepada anaknya, dia terdengar perbualan
antara setiausahanya dengan isterinya. Rupa-rupanya dalang penculikan Saet Byul
dirancang oleh mereka berdua. Presiden sangat terkejut. Dia segera datang rapat
pada anaknya dan melihat ada kesan tikaman di dada anaknya. Terbukti, cerita
yang diceritakan oleh ibu Saet Byul adalah benar!
Presiden membuat pengumuman
tergempar. Dia mengaku bahawa anaknya terlibat dalam pembunuhan Moojin. Berita
itu mengejutkan penduduk setempat! Dengan itu, abang Dong Chan dibebaskan dari
tuduhan. Dia berasa sangat gembira apabila keluar dari penjara.
Dong Chan diberi dadah tanpa
pengetahuan dirinya. Ini bagi menghalang Dong Chan mengganggu muslihat jahat setiausaha dan
isteri presiden.
Dong Chan menyangka Saet Byul
telah mati. Dia panik kerana jika Saet Byul mati, ibunya akan dipersalahkan.
Sebagaimana dirancang oleh setiausaha presiden. Dong Chan tidak mahu ibunya
menjadi kambing hitam seperti apa yang berlaku terhadap abangnya. Dengan rasa
berat hati, dengan rasa sedih.. Dong Chan mengangkat badan Saet Byul dan menuju
ke tasik.
Mengingati kisah sebelum kematian
dirinya iaitu 14 hari dia dihidupkan semula, baru dia tahu, mengapa pin rambut
Saet Byul berada dalam poketnya. Ketika dia mengangkat Saet Byul,
perlahan-lahan Saet Byul dalam keadaan separuh sedar meletakkan pin tersebut ke
dalam poket Dong Chan.
Dong Chan berasa sangat bersalah
pada ibu Saet Byul kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya. Malah lebih teruk
dirinya menjadi penyebab kematian Saet Byul. Lantas Dong Chan teringat akan
kata-kata peniaga restoran. Salah seorang daripada mereka berdua harus mati.
Dong Chan menangis sebak. Dong Chan menuju ke tasik. Pilihan yang sukar baginya.
Akhirnya, Dong Chan memutuskan
dia akan menyelamatkan Saet Byul dan membuat pilihan dirinya yang akan mati.
Itulah pilihan 2 takdir yang harus dia pilih. Saet Byul hidup atas pengorbanan
Dong Chan. Dong Chan menukarkan takdir, Saet Byul kembali kepada ibunya dengan
selamat. – TAMAT-
Ending God’s Gift – 14 Days
Terimbas kembali sebelum
berlakunya 14 hari Dong Chan dan ibu Saet Byul dihidupkan semula. Saet Byul
ditakdirkan mati lemas. Situasi ini memberi kesedihan mendalam terhadap Kim Soo
Hyun, ibu Saet Byul. Rupanya pembunuh Saet Byul ialah Dong Chan. Terkejut!
Drama yang penuh suspens! Namun, selepas diberi kehidupan ke-2, Dong Chan
memutuskan dirinya yang akan mati manakala Saet Byul akan hidup bersama ibu dan
keluarganya.
Drama Korea God’s Gift – 14 Days
Tarikh God’s Gift – 14 Days
Episod Akhir: 20 Mei 2014
Hari: Selasa
Jam: 9.00 malam
Saluran: One HD 393
9 comments
Salam.. datang sini nak jemput anda join Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014.
http://www.diarijejakahangat.com/2014/05/giveaway-diari-jejaka-hangat-2014.html
wah...lawa2 semua...
Sakit hati dengan ending nya. Padahal Dong Chan sik salah pun. Cuma nya kenak alkohol ya. Kmk berharap ending nya Soo Hyun berakhir dengan Dong Chan. Berulang kali kmk tgk ending nya mok faham maksud ending drama tok. Hee. Paling suka watak Dong Chan! ;D
gojes
Sukanya dengan cerita korea..
alaarr.. xtngokk pon >_< .. huhu
wow..tak perasan pulak yumida peminat kpop..akak minat gak
xpena follow cerita ni.. tp baca sinopsis mcm best lak..
Baca sinopsi jer la tak tgk huhuhuhu....
cam best jer citer ni
EmoticonEmoticon