Tazkirah: Sedekahlah Ke Jalan Yang Diredhai

Hadis:
Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
(Hadis Riwayat Muslim)

kredit foto

Jika kita ingin bersedekah, kena kaji dulu. Apakah barang yang kita sedekahkan berasal dari sumber yang halal. Bukan dari sumber mencuri, hasil kemenangan judi. Yang mana berasaskan dari cara yang tidak dibenarkan Islam.

Tetibe aku teringat kat cerita Hindustan yang pernah aku tengok masa sekolah menengah. Pemuda tu pergi merompak rumah orang kaya. Hasil rompakan diberi kepada rumah anak yatim. Dia nak bantu kehidupan anak yatim yang susah tu, tapi cara dia dapatkan wang tu salah. Yang salah tetap salah. Kan kan..

Biarlah amalan kita dibuat dengan cara yang betul. Sumber mana, cara macam mana, kenalah mematuhi syariat Islam. Tetibe membebel. Hikhik.. Salam Jumaat semua :)

13 comments

salam jumaat utk awk juga...semoga hdup kita didalam keredhoan-NYA

Salam Jumaat Yumida... Jom banyakkan sedekah :))

bersedekahlah tanda kita mensyukuri rezeki dan nikmat Allah..
salam jumaat.. good entry :)

Salam Jumaat..meh kita banyakkan sedekah..semoga hidup kita diredhai Allah..

semoga rezeki kita diberkati...aminn

teringat jugak crita indon yg baru je habis skarang, pompuan tu mncuri roti utk bdak2 yg kelaparan.. niat dah baik tp syg mencuri..

Allahuakhbar. . Pbetulkn niat sedekah dan sumber sebaik nya dr sumber yg d redhai Allah swt.. =")

Niat x menghalalkan cara....

Nice sharing ;)

betul ! :) niat tu dah baik, namun sumber nya haruslah sumber yang halal .. tengs share neh

Semoga sedekah yang kita bagi diberkati Allah ..InsyaAllah..

Biar dari sumber yg halal...


EmoticonEmoticon