Rakan blogger yang baik hati & ringan tulang membantu

As salam buat rakan pembaca,

Alhamdulillah, melalui medium blog ni bertambah-tambah kenalan maya. Siapa sangka, hubungan sekadar rakan maya boleh menjadi bertambah erat. Malah, mereka ringan tulang untuk membantu ketika perkhidmatan mereka diperlukan.  

Terharu…dapat mengenali blogger seperti ini. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membantu diri ini. Adakalanya tidak menemui jalan penyelesaian. Kemudian, meminta pandangan mereka, dengan segera mereka bersama-sama mencari jalan solusi. Antara mereka yang pernah membantu diri ini…

Rakan blogger yang baik hati & ringan tulang membantu, mia liana, sally samsaiman, solehah

Terima kasih bersama-sama membantu Yumida mencari alternatif cara submit komen di salah 1 blog wordpress semalam. Alhamdulillah, akhirnya misi terlaksana. Hepi! Thanks tau Sally :)

Thanks membantu akak order barang kat Zalora minggu lepas. Pada awalnya terkial-kial jugak nak buat. Benda yang diharapkan sentiasa tak menjadi dan akhirnya ter-stuck. Nasib baik Solehah ada. Makasih bebanyak Solehah.

Kak Mia juga pernah bantu Yumida letak iklan Nuffnang jenis large rectangle yang kedudukannya terletak di antara posts. Masa buat sendiri pada Mac 2013, always tak jadi. Bila dah di cuba segala usaha tak juga menjadi, akhirnya merujuk pada Kak Mia. Alhamdulillah, selepas perletakan iklan large rectangle oleh kak Mia, CPUV mula datang berduyun-duyun. Kini, telah berjaya cashout hasil pengiklanan Nuffnang dengan nilai lebih RM1.2k. Syukur..rezeki..thanks kak Mia.

Actually, ada ramai lagi blogger yang baik hati yang pernah membantu Yumida. Terima kasih semua. Terima kasih banyak-banyak! Tanpa korang, terkapai-kapai jugak nak buat sendiri. Itulah kelebihan bila kita mempunyai kawan, kawan yang baik hati, kawan yang ringan tulang, kawan yang bersama-sama berikhtiar bersama kita mencari jalan penyelesaian. Terima kasih rakan blogger. Kehadiran korang amat dihargai. Moga Allah membalas kebaikan korang.

30 comments

Assalammualaikum..yumida,

blogger nie semuanya.. terbaik dan rajin membantu serta ringgan tulang..

mselim3

pls: yumida mana link blog lagi satu... tu.

pelbagai manfaat dapat kita peroleh kan sekira nya bijak mgunakan lama sesawang ni.. selain tmbah kenalan, dapat kawan baru dan tmbh ilmu.. =) alhamdulillah..

Ya betol.. Ramai yang sudi membantu.. Tak kedekut ilmu..

memang seronok kan ada kawan di alam maya..dapat saling bantu membantu walaupun tak pernah jumpa :)

betul, kekdg hanya berkawan di alam maya..tapi hubungannya lbh rapat berbanding kawan di alam nyata..apapun dgn berblog nih kita dpt berkongsi maklumat, ilmu dan menambah rakan..betul x???

pertolongan kawan blogger tu membantu kita yea....

alhamduliliah..semoga ukhwah sentiasa terjalin dgn baik

This comment has been removed by the author.

akak pun sama nak ucapkan terima kasih kat yumida jugak sebab yumida pun selalu bantu akak dalam menjawab persoalan yang kadang2 akak tak tahu nak buat.... =D

*menabung kat sini sekali..

ramai blogger baik hati hehe

Syukur

Untunglah dpt rakan blogger yg mcm ni ☺

blogger adalah satu komuniti yang bagus untuk kita saling bantu membantu antara sama lain...tak gitu...setiap blogger mempunyai kelebihan tersendiri..hehe

link blog ada semua situ..

Bak kata perpatah bersatu teguh,bercerai roboh..betul kan..hehe :)

kalo kiter baik kat org, org will do the same thing kat kiter hehe seronok kan ade kawan blogger yg baik hati ^^

Terbaik.. semoga silaturrahim kita semua terjalin dengan harmoni & sejahtera selamanya... aamiin.. :)

Best ada kawan blogger yang bait2 :)

Ya Allah kak...Sally cuba bantu yg mana terdaya je kak..hehehe...InsyaAllah.. Sama-sama kita membantu..baru org pandang baik komuniti blogger ;)

Bantu membantu amalan murni. Semoga blogger berganding bahu sentiasa, suka tengok ukhwah yg terjalin baik :))

Sebagai rakan blogger, kita haruslah bantu membantu kan....

mama? membantu menyumbang trafik secara senyap.. kikiki.. gurau je dear, blogger semua awesome.. :)

Memang ramai blogger yg baik hati ... Itulah antara kebaikan teknologi, cuma kita kena pandai2 pilih yg baik & elak yg x baik ...

best ja rakan blogger. walau di alam maya, tanpa bersua, tapi haruslah bantu membantu seikhlas mungkin.. hehe ~

org berbudi kita berbahasa..:)

Ahaa, akhirnya solehah dpt bw entri ni. Hehe tq kak yumida sbb jd kawan solehah jgk. Solehah sekadar membantu n solehah mmg jnis xputus asa. Klu ssuatu xmnjadi, solehah akn cuba smpai jd. Tak sgka jgk yg akhirnya proses order brg dalam zalora berjaya. Siap hantar emel lagi pd zalora tau. Haha Alhamdulillah semuanya ok skrg. Nt ble brg dh smpai, jgn lpe gtau solehah ye. Have a nice day kak yumida syg :)

Waaaa... Seronoknya dpt kwn yng blh membntu.. Pnh cashout lebih kurang 1.2k? Hbatnyaaa...


EmoticonEmoticon