KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 14/05/2014
Kenangan
bersama guru yang tak boleh aku lupakan. Kenangan terkandung pengajaran dan
pembelajaran. Kisahnya bermula begini….
Cikgu
Arman, cikgu yang mengajar subjek Sains kelas kami juga merangkap guru kelas
4A1. Kegarangannya menjadi gerunan pelajar nakal di sekolah. Tapi bagi aku,
beliau tidaklah segarang mana. Malah bagi aku, ada lebih ramai lagi guru yang
garang di SMKT.
Bertembung
dengan Cikgu Arman, bukanlah perkara yang aku sukai. Malah sering kali aku menganggap
kehadirannya sebagai invisible. Mungkin kerana aku jemu untuk berurusan dengan
beliau. Urusan yang tidak pernah selesai.
Dalam
kelas, acap kali namaku dipanggil. Sebagai orang suruhannya menjawab soalan. Mungkin
kerana itu juga menimbulkan rasa ketidakpuasan di hati aku. Mengapa mesti aku. Sudahlah
aku perlu melapor diri padanya setiap hari, tanda tanganku di ambil, dalam
kelas pula, aku perlu menghadap semua pertanyaannya.
Cuti
penggal persekolahan bakal bermula tidak lama lagi. Cuti yang panjang memberi
keresahan dalam diriku. Sesungguhnya, ingin sahaja aku ghaib! Tanpa perlu
melalui hari yang membosankan yang begitu panjang! Jangankan kata nak cuti 1-2
minggu. Cuti 2 hari di rumah pun sudah membuatkan aku meronta-ronta ingin ke
kembali ke sekolah.
Di
sekolah, tidaklah juga begitu menenteramkan aku. Ada sahaja kes yang diadukan
oleh pengawas ke guru disiplin. Menjejak kaki ke bilik guru disiplin bukanlah
hal yang besar bagiku. Kerana itu juga aku perlu menghadap muka Cikgu Arman
setiap hari. Agar pergerakan aku diketahui, dijejaki.
Entah
mengapa hari itu, aku melalui kawasan makmal sains sekolah. Kedengaran suara
lantang dari jauh. Rasanya suara itu sudah sebati dengan pendengaranku. Ku
intai dari jauh. Ya…itu suara Cikgu Arman! Rasa seakan kecut perutku melihat
kegarangannya. Jadi, memang benar dakwaan rakan-rakan ku, dia seorang yang
tegas dan garang! Kejadian itu mengubah persepsi aku pada Cikgu Arman. Guru
yang tak boleh dipandang enteng! Terdetik di hati aku, aku pun pelajar
bermasalah, tapi mengapa aku tidak pernah dimarah sebegitu rupa.
Sebelum
cuti penggal bermula, perjumpaan guru bersama ibu bapa pelajar diadakan. Guru
akan membentangkan rekod pelajar dan berdiskusi bersama ibu bapa pelajar
sebelum pelajar balik bercuti panjang. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.
Satu per satu pelajar balik selesai sahaja perjumpaan dengan guru kelas. Yang
tinggal, 2 orang. Masing-masing masih menunggu kehadiran ibu bapa
masing-masing.
Aku
semakin resah. Bukan kerana rekod disiplinku bakal terbongkar. Tapi aku resah
memikirkan cuti yang tiada makna bagiku. Dari jauh, Cikgu Arman memberikan
isyarat untuk datang berjumpa dengannya. Dengan langkah malas, kuturuti jua.
Cikgu
Arman: Ayah kamu dah tahu pasal perjumpaan ni?
Aku:
Tahu.
Cikgu
Arman: Cuti panjang ni kamu nak buat apa?
Aku:
Tak tahu.
Cikgu
Arman: Kenapa hujung minggu kamu selalu stay di asrama? Kamu ada masalah di
rumah?
Aku:
Takda apa-apa.
Cikgu
Arman: Cikgu lihat fail pelajar kamu, ibu kamu dah meninggal dunia. Betul?
Ketika
itu, aku dah tak mampu memandang Cikgu Arman. Setiap kali topik ibuku dibicara,
hatiku menjadi sebak.
Cikgu
Arman: Kamu seorang pelajar yang pandai, cepat belajar. Sayang jika kamu tak
manfaatkan peluang ni sebaiknya. Tengok rekod kamu ni, walaupun kamu selalu
terlibat dengan masalah disiplin tapi kamu berada di kedudukan terbaik dalam
kelas. Nombor 4 daripada 42 orang pelajar. Kelas terbaik, teratas, 4A1. Kamu
ada banyak potensi. Dalam subjek Sains, 2 kali dapat markah tertinggi. Kamu dan
Zaza jauh berbeza. Jangan sesekali terpengaruh dengan Zaza.
Aku:
Saya seronok ada kawan seperti Zaza. Dia sentiasa gembirakan saya.
Cikgu
Arman: Kalau kamu ada masalah, kamu boleh luahkan pada cikgu. Mungkin cikgu
boleh membantu.
Aku:
Saya tak ada apa-apa masalah. Saya nak tunggu ayah saya kat luar kelas.
Cikgu
Arman: Kamu duduk di sini, sehingga ayah kamu datang!
Cikgu
Arman tetap berkeras. Perkara itu sangat menjengkelkan hati aku ketika itu.
Cikgu
Arman: Cikgu ingin kamu ceritakan pasal ibu kamu.
Aku:
Ibu saya sudah meninggal dunia. Tak ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan.
Cikgu
Arman: Beritahu cikgu apa yang kamu tak suka.
Aku: Ada
banyak benda yang saya tak suka. Nanti cikgu tak suka nak dengar.
Cikgu
Arman: Cikgu akan dengar..senaraikan benda yang kamu tak suka.
Aku:
Saya tak suka jumpa cikgu setiap hari semata-mata nak tanda tangan. Saya tak
suka pengawas laporkan hal saya pada guru disiplin. Saya tak suka bila orang
pandang rendah pada saya. Saya tak suka orang tunjukkan simpati pada saya. Saya
tak suka tinggal di rumah. Saya tak suka buat kerja rumah, masak, jaga
adik-adik saya. Saya benci melalui kehidupan sebegitu. Ibu saya meninggal
ketika usia saya 13 tahun. Selama itu saya perlu menjadi ibu, sehingga
sekarang! 3 tahun saya hidup tanpa kehadiran seorang ibu. Saya tertekan di
rumah.
Air
mataku perlahan-lahan mula mengalir.
Cikgu
Arman: Jadi kerana itu kamu selalu stay di asrama. Buat hal di sekolah.
Aku:
Saya benci kehidupan yang saya ada sekarang. Zaza ada keluarga sempurna, ibu ayah
Zaza sentiasa sayangkannya. Mengapa hidup saya tak sebahagia Zaza.
Cikgu
Arman: Setiap orang ada dugaannya. Cuba kamu lihat, Zaza mempunyai keluarga
bahagia, tetapi dia pelajar bermasalah di sekolah. Pelajar di kelas tercorot.
Berbanding dengan kamu, kamu pelajar di kelas terbaik. Walaupun kamu sering
buat masalah, gred ujian kamu sentiasa bagus. Itulah kelebihan yang Allah
kurniakan kepada kamu. Diberikan otak yang pandai, cepat tangkap. Cikgu perasan
dalam kelas, walaupun kamu sering tak endahkan yang cikgu ajar, tapi kamu
seorang fast learner. Kamu ingat cikgu tak tahu yang kamu tak suka bila cikgu
soal kamu. Dengan memek muka masam kamu..
Dalam
aku bersedih, sempat juga aku tergelak kecil oleh gurauan Cikgu Arman.
Aku: Mengapa
cikgu tak pernah marahkan saya. Macam cikgu marahkan budak-budak lain?
Cikgu
Arman: Kamu mempunyai masalah peribadi. Cikgu tak nak menambah beban pada kamu.
Bila kamu bertanya sendiri macam ni, kan lebih senang untuk cikgu terangkan
sebab kamu tak perlu cetuskan masalah di sekolah. Kamu ada apa-apa lagi nak
cakap pada cikgu?
Aku: Esok
dah start cuti. Saya tak suka cuti.
Cikgu
Arman: Kamu nak keluar dari masalah ni? Cikgu ada rahsia.
Aku:
Ya?
Cikgu
Arman: Belajar rajin-rajin. Sampai kamu menjejak kaki ke universiti. Lepas tu,
kamu akan tahu rahsia yang cikgu maksudkan.
Perbualan
selama 10 minit amat memberi makna dalam kehidupan aku sekarang. Kata-kata
Cikgu Arman aku semat dalam kepala. Tidak akan goyah dengan dugaan yang
sentiasa datang menimpa. Sehingga kini, selepas 8 tahun bergraduasi di salah
sebuah universiti di Malaysia (UMS), kini aku memahami maksud yang Cikgu Arman
maksudkan. Terima kasih Cikgu Arman atas dorongan kata-kata positif. Cikgu
bukan sahaja menyampaikan ilmu pelajaran, tetapi berkongsi ilmu cara untuk menempuhi
alam kehidupan.
Sure
ramai yang tertanya-tanya. Adakah aku bertukar menjadi pelajar baik 100% sejak
kejadian itu. Oh..pastinya tidak. Ini bukan drama di tv, yang kita boleh tengok
perubahan mendadak sekelip mata. Adakalanya aku terbuat masalah di sekolah.
Tapi tidaklah sekerap dulu. Malah setiap kali aku menerima ajakan Zaza untuk
membuat sesuatu, akan aku fikirkan baik dan buruknya terlebih dahulu.
Tentang
rahsia yang dimaksudkan Cikgu Arman… Aku kena belajar bersungguh-sungguh. Bila
aku fokus pada ulangkaji di rumah, automatik aku tidak terlalu memikirkan
masalah di rumah. Umur adikku paling bongsu selepas pemergian ibuku ketika aku di
tingkatan 1 ialah 2 bulan. Bayangkan aku yang berusia 13 tahun menjaga bayi
yang berusia 2 bulan. Terkapai-kapai aku dibuatnya. Kerana itu aku benci untuk
berada di rumah. Kerana tugas menjadi seorang ibu. Bila aku bersekolah, adik
akan dijaga oleh jiran sebelah. Bila aku cuti 2 hari, cuti hujung minggu. Tugas
itu akan digalas oleh aku. Bayangkan jika aku bercuti panjang..ingin sahaja aku
menjadi orang bunian. Ghaib seketika di dunia.
Tiada
tempat mengadu. Tiada tempat aku menumpang kasih seorang ibu. Malah aku yang
begitu muda pula terpaksa memikul tanggugjawab yang besar. Tidak sempat aku
merasai manisnya zaman remaja! Masalah yang aku hadapi, dipendam, pendam,
pendam. Hingga akhirnya meletup di sekolah. Kerana itu aku sangat popular di
bilik guru disiplin.
Suratan
dariNya..dipertemukan aku dengan guru yang memahami. Tugasnya bukan hanya
mengajar. Tapi menunjukkan jalan yang betul dan lurus untuk aku lalui sebagai
seorang pelajar dan manusia. Selama 3 tahun aku memendam rasa amarah, rasa
tertekan. Akhirnya kekusutan terlerai di hadapan guru bernama Cikgu Arman. Sejak
perbualan itu, baru aku mengetahui rupa-rupanya aku mempunyai kelebihan diri.
Kelebihan yang aku ada, dimanfaatkan sebaiknya. Hingga aku berjaya ke menara
gading.
Cukuplah
setakat ini. Kurasakan kisah ini panjang umpama novel. Mungkin kalau dihantar
pada pengarah, sudah boleh di buat drama tv. Hihi.. Apa pun aku bersyukur
kerana terpilih melalui ujian ini, kalau bukan kerana dugaan ini mungkin aku
tidak akan berjaya seperti sekarang.
Alhamdulillah,
berjaya ke menara gading, UMS, berkat didikan guru-guru
Terima
kasih buat guru-guru yang pernah mendidik aku. Memberikan aku ilmu. Terutamanya
Cikgu Arman, yang mengajar aku mengenal erti kehidupan. Mengajar cara
menghargai kehidupan. Mengajar untuk redha dengan suratan. Sentiasa memberi,
mengajar, menyebarkan ilmu. Insha Allah, ilmu yang aku ada sekarang, akan aku
usahakan berkongsi bersama orang lain. Sama ada secara lisan atau pun di alam
maya menerusi blogging.
Selamat
Hari Guru buat guru seluruh dunia!
Moga
menjadi pendidik cemerlang!
-
Al-Fatihah buat arwah ibuku -
16 comments
Gudluck
good luck dear.
gud luck..jom join http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/05/mini-giveaway-kcolly-by-syiera-firdaus.html
semoga berjaya!! :)
rajin betul join contest
good luck..
Tahniah sis, hm menangis sya bca heh
Tahniah kerana menang contest ni. 1st time rasanya nmpk gambar Yumida. UMS rupanya hehe...congrats dear !
hihi..jarang letak gambar. blogger x fofular
thanks cla
thanks mira
kisah yg blh dijadikan isnpirasi semua org
kesusahan melonjakkan diri kita keluar dri tmpt itu
taniah menang segmen ni. hehe.. cerita yg menarik
thanks fatyn
Touching baca citer nie...
patutlah menang,memang best pon cete.tacing
tahniah...contest ni lecturer saya yang buat..jalan2 kat blog encik fazli tadi nampak pasal contest ni..tengok2 awak pemenang tempat pertama..tahniah ye! ;)
terima kasih :)
anak didik lecturer dtg mengomen..nanti singgah la lagi
EmoticonEmoticon