Since filem Miracle in Cell No.7 ni
dilancarkan suatu ketika dahulu, ramai yang bagi respon positif. Kata mereka
cerita Miracle in Cell No.7 best! Menambahkan lagi kegeraman aku nak tonton
filem ni. Cari punya cari..hampa.. Langsung aku tak jumpa kat kedai CD.
Nak tonton kat internet. Ada ke? Tapi aku
malas nak tunggu. Lebih-lebih lagi line internetku yang suka meragam. Kejap ada,
kejap hilang.
Akhirnya, dapat juga aku miliki CD Miracle in
Cell No.7. Nak tahu kat mana aku beli? Nun jauh kat negara seberang. Di shopping
complex Jakarta, Indonesia. Hepi!
Bila tengok filem Miracle in Cell No.7 ni
kan. Sedih! Memang sedih. Tabik spring kat budak kecik tu, pandai betul dia
berlakon. Sedikit sedutan kisah Miracle in Cell No.7.
Sinopsis Miracle in Cell No.7
Miracle in Cell No.7 mengisahkan seorang
bapa iaitu Yong Goo, membesarkan anaknya yang bernama Ye Sung. Walaupun Yong
Goo seorang ayah yang mengalami kecacatan mental, tetapi dia sangat menyayangi
anaknya.
Ye Sung begitu menyukai beg
kuning Sailor Moon yang dijual di sebuah kedai. Yong Goo berusaha mengumpul
wang untuk membeli beg idaman anak perempuannya. Setiap hari, mereka akan
melintasi kedai tersebut dan menyanyikan lagu Sailor Moon. Namun, hajat anak
perempuannya tak kesampaian apabila beg tersebut sudah dijual kepada budak
perempuan lain.
Suatu hari, budak perempuan yang
telah membeli beg kuning Sailor Moon terserempak dengan Yong Goo. Dia memberitahu
ada satu lagi kedai yang menjual beg kuning yang sama. Yong Goo terus mengikuti
budak perempuan itu.
Semasa budak perempuan itu
berlari, dia tiba-tiba terjatuh! Darah keluar mengalir melalui kepalanya. Yong
Goo menjadi panik. Dia cuba mengaplikasi teknik penyelamatan CPR. Namun,
aksinya itu disalah faham oleh seorang wanita yang lalu di situ. Yong Goo
dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan membunuh budak perempuan dan mencabul
budak tersebut. Siapa sangka, budak tersebut merupakan anak kepada ketua polis
negara. Memberikan kes ini rumit untuk diselesaikan.
Yong Goo berkongsi bilik penjara
dengan 5 banduan lain. Pada awalnya mereka begitu kasar melayan Yong Goo, namun
berkat pertolongan Yong Goo yang menyelamatkan ketua samseng. Yong Goo kini
jadi sahabat rapat mereka. Ketua samseng itu berjanji akan menunaikan apa
sahaja permintaan Yong Goo. Yong Goo menyatakan dia ingin berjumpa Ye Seung. Bermulalah
pelbagai idea pelik yang menggelikan hati. Pertemuan Yong Goo dengan anak
perempuannya semula, menyaksikan moment yang sangat membahagiakan. Tapi apabila Yong
Goo bakal berdepan hukuman mati, itulah moment paling menyedihkan.
Sertai jom teka:
HADIAH:
Peneka jawapan
tepat [x5 pemenang]
Peneka
terbanyak di kotak komen [x2 pemenang]
HADIAH:
USB
Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery
Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge
magnet
Keychain
18 comments
k-pop erk?
Cerita ni memang sedih pun. Dua tiga empat kali tengok pun nangis lagi. Heheh. Budak kecik tu pandai nau berlakon. Hiks ^^
tak tgok lagi cite ni ;( jauhnye pi beli CD.hihi
sedih kan cerita ni. Budak kecik tu serius mmg pandai berlakon ;)
park shin hye, comel . HAHHA. Seriously suka tengok dia berlakon kan =D
filem ni jangan cakaplah, laki pun boleh nangis oooo...jalan cerita main peranan. terbukti tak pakai heron nsem pun filem boleh mantap.
serious nang sedih ceta tok..
laki tough gik nangis hahaha
tak pernah lagi tengok nie
aaaaaaaaaaa rasa nak tengok pulak >.<
terasa macam syahdu pulop..mesti best cerita ni, Korea memang pandai dalam menarik perhatian audiens
Belum tgk lagi
Aiseh...mmg tak tgk ler cite ni hhehe
fuyohhh jauhnya hahaha :D ehh park shin hyee :D comel diaa
dahh tngokkkk.. ~ sedihhh :( ~~ 2/3 kali tngok konpem kna ada tisu kotak skali.. ++ kalo tngok sorang2 .. ~
Baru tau citer nie
Byk kmk dgr review padah filem tok best. Mesti tgk tok klak! ;)
first time tengok movie nie sekali dengan kawan-kawan. semua menangis sampai bengkak mata . tengok untuk kali kedua dan ketiga tetap menangis jugak ..
tak pernah tgk pun citer nih..
EmoticonEmoticon