JAKARTA–BANDUNG
PART 3
Sambungan:
Lepas jejalan kat
Tangkuban Parahu, kami terus ke Ladang Strawberi. Ladang ni terletak di bawah gunung Tangkuban tu. So, tak jauh
la.. Bayaran masuk ke situ adalah Rp 10k sekepala atau RM2.85 Kat sini pun ada
juga peniaga menjual souvenir. Bayaran Rp10k tu termasuk free satu gelas jus
strawberi segar. Masa kami kat sana, tak banyak sangat buah strawberi kerana
pelancong lain dah petik. Buah strawberi yang kita petik tu, dia jual rp75k
sekilo. Lebih kurang RM21.40 untuk 1kg buah strawberi. Kat sana, kita boleh
petik seberapa banyak yang kita nak, asalkan bayar.
Buah strawberi. Abaikan jariku yang comel itu
Selesai je kat
ladang strawberi, perut pun dah memulas kelaparan. So, supir kami bawa ke
tempat makan di Gubug Makan Mang Engking.
Tempatnya memang unik dan makanannya pun sedap. Tempat makan tumpuan pelancong.
Kalau nak duduk santai, boleh pilih tempat makan yang jenis duduk bersila.
Kalau nak yang duduk berkerusi, pilih la yang berkerusi. Besar tempat makan ni.
Dengan berlatar belakangkan gunung dan di kelilingi kolam, view yang sangat
cantik! Harganya boleh tahan. Depend dengan set menu makanan yang dipilih. Tapi
dijamin sedap!
Entrance Gubug Makan Mang Engking
Papan tanda Gubug Makan Mang Engking
Struktur senibina restoren Gubug Makan Mang Engking beratapkan nipah dan berdindingkan buluh. Unik!
Menyusuri ke dalam Gubug Makan Mang Engking. Kiri kanan..indah!
Kawasan makan menggunakan kerusi di Gubug Makan Mang Engking
Oleh kerana waktu
kami balik dari Mang Engking tu waktu puncak, supir kami guna jalan
perkampungan untuk ke factory outlet
Jalan Riau bagi mengelakkan kesesakkan. Menariknya di Indonesia, ada
penjaga trafik, bukan polis trafik. Tapi orang biasa yang menjaga laluan jalan.
Setiap kali lalu pada penjaga trafik, supir kami akan bagi tip (upah) pada
diaorang. Semasa melalui jalan perkampungan pun ada jugak. Macam bayar tol la
pulak. Bila ditanya dengan supir kami, dia kata duit tu untuk pengamanan. Duit
untuk baiki jalan rosak. Kami sampai di Jalan Riau lewat petang.
Kat sini banyak Factory Outlet (FO) yang menjual
barangan original. Kat depan FO pun ada juga para penjual souvenir. Antara FO
di Jalan Riau ni adalah Grande, Glow, Donatello,
Jetset dan banyak lagi. My hb sempat rembat sandal kat Donatello. Cantik2
baju kat sini. Kalau kat Donatello tu, memang jual pelbagai jenis kasut dan
sandal. Semuanya cantik2. Kalau nak diikutkan hati, nak je rembat semuanya. Tp
kena save budget jugak untuk shopping di tempat lain. FO ni tutup jam 9 mlm.
Grande
Donatello Jalan Riau
Lepas je shopping
kat sini, tengok jam masih awal lagi. Then, terus supir bawa kami ke Rumah Kain. Rumah Kain pun tutup jam 9
mlm. Itupun bergantung kepada pelanggan. Kalau masih ada pelanggan kat Rumah
Kain, dia still jugak buka. Rumah Kain ni wajib dilawati. Sampai je kat Rumah
Kain, apalagi.. shopping!! Kat sini ada jual berbagai2 jenis kain sulam,
telekung, kain cotton, satin, baju batik, kain batik, kain pelikat. Semuanya
murah2. Telekung pulak dia ikut jenis kain. Dari harga serendah belasan ringgit
sampailah harga puluhan ringgit.
Rumah Kain - tempat menjual kain pasang dengan harga yang murah!
1 pasang kain harga Rp110,000 bersamaan RM31.50
Kesemuanya kain sulam dan kain bermanik..murah! Murah!
Bertimbun-timbun! Rambang mata nak pilih. Rumah Kain memang awesome!
Kat sini boleh
guna mata wang Malaysia. Lama jugak kitaorang kat sini. Kat sini aku banyak
beli baju batik untuk my dad, kain sulam untuk my mom and my sister. Untuk aku
sendiri? Of course la ada. Hehehe. Banyak jugak aku beli kain sulam untuk aku
sendiri. Untuk hari raya nanti. Tak payah la nak cari lagi nanti.
Lupa lak, kalau
korang nak buat baju terus pun boleh. 1 hari dah boleh siap! Apa2 jenis fesyen
dan jenis kain, upahnya cuma rp 75k atau RM21.40. Murah kan? Baju kurung biasa, baju kurung moden sama caj. Kalau kat tempat korang berapa caj buat baju kurung biasa? Kalau kat Sarawak ni, RM23.00 tapi kalau orang saiz besar caj RM28.00. Mungkin sekarang harganya dah naik.
Dalam perjalanan
balik ke hotel, kitaorang singgah dulu gerai jual durian di tepi jalan untuk menikmati
durian. Masa kitaorang makan tu, ada la budak2 pengamen datang. Bawak gitar
sambil menyanyi. My hb buat permintaan lagu. Pengamen on je, dendangkan lagu.
Time nak balik tu, kitaorang bagi tip untuk mereka. So, tamatlah tour Bandung
kami di hari pertama. Balik hotel, tengok jam dah pukul 11 malam.
Durian Indonesia
Pemuzik jalanan yang menghiburkan kami
15 comments
kain sulam manik kat sini dah hampir rm100 kan yumida..akak suka tengok pemandangan kat sana..cantiknya..
bestnye kalau dpt shopping kain.. rugi kalau tak beli..
part kain tu yg tak tahan tu..adusss..boleh rambang bijik mata
terkejut tengok durian tu hehe
Murah juak kain ya kak.. hee
Assalamualaikum yangg, haihh lawanya tengok strawberi tu. heeee lama tak makan fresh2 daripada ladang ~~~
boleh gila kan bila tgk kain2 yg murah tu..haish
Woahhhh ! Rasa nak ke sana lagi.. huhu
wow boleh gila tgk kain2 yg murah tuh..ermm lbh baik beli kain buat baju trus kan..harga pun murah ja..klu kira kos beli kain ngn upah buat trus br brapa jer sepasang,blh sgt laa..blk dh blh pakai trus..hehehe..
Banyaknya kain... gmbar durian tu pun dah buat saya teringat2 durian... :)
Seronoknya...
restoren Gubug Makan Mang Engking memang super unik..
WAAHH, murahhhnya kain... :D
best shopping kain ye...
cantik je tempat tu..sejuk je tgk.. :)
Assalamualaikum dik Yumida...cantik jer pemandangan kat sana kan...buah strawberi tu nampak comel pulak..
EmoticonEmoticon