Baru berkesempatan nak review, actually dah
beli baby walker ni bulan Disember 2015, tahun lepas nyer. Asal terpandang je
baby walker mesti teringat, eh belum lagi story kat blog la. Al maklum la, kita
jadi blogger ni suka story-story kat blog :)
Antara artikel yang sempat di update pembelian
guna duit hasil berblogging: Beli
stroller Disney dengan duit hasil berblog, Beli
gadget impian Samsung Galaxy Tab 3. Ada belikan jugak al-quran digital hadiah untuk
mak, beli sijil simpanan premium (SSP BSN), beli modem broadband dan
sebagainya..hasil dari aktiviti berblog. Alhamdulillah, syukur pada nikmat dan rezeki dariNya.
Specialnya tentang baby walker ni, sebab ianya
dibeli menggunakan duit hasil berblogging. So, setiap kali tengok baby walker membuatkan
aku teringat akan usaha berblog. Benda yang boleh dijadikan kenangan kemudian hari. See, special sangat! Menyuntik
semangat aku berblogging, sebab hasil berblogging ni banyak manfaatnya. Contoh macam
ni haa.. dapat beli barang idaman hati.
Gambar baby walker milik baby Amirah Alya |
Harga asal: RM180
Harga lepas nego: RM160
Ada penjimatan RM20 kat situ, hasil membodek
tauke kedai. Sebelum ni, tertanya-tanya jugak umur berapa anak pakai baby
walker. Siap tanya kat member-member yang dah beranak. Diorang kata usia
anak pakai baby walker bila tulang belakang diorang dah kuat.
Masa beli baby walker ni, umur baby Amirah 4
bulan. Tulang belakang dia memang dah kuat. Posture badan bila duduk menegak. So,
aku pun letak baby Amirah dalam tu, boleh adjust ketinggian dia. Siap ada
karpet bawah kaki khas untuk baby yang belum pandai gerakkan kaki.
Baby walker ni ada 6 jenis muzik, dengan
seekor ikan oren besar yang boleh dipicit mengeluarkan bunyi. Plus boleh
dijadikan seperti kuda. Memang menarik! Terus hati aku tertawan nak beli! Yang
penting plastik baby walker tu tebal, keras dan tahan lama! Boleh digunakan
untuk anak yang seterusnya.
Baca kat internet, banyak manfaat baby
walker untuk anak. Memudahkan ibu bapa nak buat kerja lain. Sebab bila anak
duduk dalam baby walker diorang akan diam sambil berlatih gerakkan kaki untuk
proses berlatih berjalan. Hope baby Amirah nanti cepat jalan. Tak larat nak
dukung dia masa jenjalan beli barang. Berattt..hihi..
4 comments
alhamdulillah yunk..rezeki anak2 tu kan... hehe
alhamdullilah
Comel baby walker tuu...
Syukur...rezeki yang diusahakan berhasil dengan izinNya..amin...moga lepas ni rezeki terus bertambah ya...
EmoticonEmoticon