Telemovie Hilangnya Kasih TV9

Sinopsis Hilangnya Kasih TV9 Hilangnya Kasih mengisahkan Qaisara (Janna Nick) dan Fuad (Fezrul Khan) pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Fuad dibenci ibu mertuanya, Mak Mah kerana berasakan anaknya mampu mendapat suami yang lebih baik.

Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran.

Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Penderaan mental dan fizikal yang diterimanya secara berterusan menyebabkan Fuad hilang pertimbangan.

Suatu hari, Fuad menikam Mak Mah. Qaisara reda dengan dugaan berat yang menimpanya. Akhirnya Qaisara memohon fasakh walaupun perasaan sayang kepada Fuad tidak pernah pudar. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Hilangnya Kasih di kaca tv anda.

Pelakon Telemovie Hilangnya Kasih TV9
Janna Nick
 Fezrul Khan
 Normah Damanhuri
 Hilal Azman
 Balqish Semundur Khan
 Eqbal Eisid

OST Lagu Tema Hilangnya Kasih TV9
Lagu: Hidup Dalam Mati
Penyanyi: Syamel

Gambar Telemovie Hilangnya Kasih TV9 
Tonton lakonan Janna Nick dan  Fezrul Khan  menerusi telemovie Hilangnya Kasih di kaca tv anda.

Saksikan telemovie Hilangnya Kasih TV9
Tarikh disiarkan Hilangnya Kasih disiarkan: 22 Februari 2016
Hari: Isnin
Jam: 8.30 malam – 10.30 malam
Saluran: TV9

1 comments so far


EmoticonEmoticon