Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu TV3

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu TV3 | Tundukkan Playboy Itu mengisahkan seorang jejaka kasanova yang jatuh cinta pada seorang model misteri yang mengenakan fesyen muslimah.

Sinopsis drama Tundukkan Playboy Itu TV3, pelakon dan gambar drama Tundukkan Playboy Itu TV3, Tundukkan Playboy Itu episod akhir – episod 30
Drama Tundukkan Playboy Itu TV3 lakonan Uqasha Senrose

Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) majikan Nurin Arissa (Uqasha Senrose). Seorang lelaki yang playboy dan sukakan wanita seksi. Dek kerana syaratnya yang mahukan Nurin membuka hijabnya, menyebabkan Nurin enggan bekerja di situ. Namun atas desakan kedua-dua orang tua mereka menyebabkan Nurin akur pada kehendak mereka.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz menawarkan pekerjaan arkitek buat Nurin. Tujuan Tan Sri Mukhriz meminta Nurin bekerja di syarikat anaknya, agar Harraz akan jatuh cinta pada anak rakannya itu. Jadi mudahlah mereka untuk menyatukan mereka kelak.

Namun kehadiran Nurin di syarikat itu amat menjengkelkan hati Harraz. Dia terpaksa menerima semula Nurin bekerja kerana desakan dari ayahnya. Harraz sentiasa menyakiti hati Nurin. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Sinopsis drama Tundukkan Playboy Itu TV3, pelakon dan gambar drama Tundukkan Playboy Itu TV3, Tundukkan Playboy Itu episod akhir – episod 30
Saksikan lakonan Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu TV3

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz.

Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Adakah Harraz bakal bertemu jodoh dengan Nurin? Berjayakah Nurin menundukkan sikap playboy Harraz? Apakah rancangan jahat yang diatur Elfira untuk menghancurkan kerjaya Nurin? Saksikan segalanya dalam drama Tundukkan Harraz Naufal di kaca tv anda.

Pelakon Drama Tundukkan Playboy Itu TV3
Hafidz Roshdi - Harraz Naufal
Uqasha Senrose - Nurin Arissa
Alif Satar - Farhan Badriz
Mawar Rashid - Elfira
Ridzuan Hashim - Tan Sri Mukhriz
Maria Farida - Puan Sri Rosell
Mahmud Ali Bashah - Suffian
Marisa Yasmin - Datin Maria
Abdul Manan Sulaiman - Dato Majid
Ben Asri - Nashreen Lee
Navilya Husna - Intan
Ziha Salleh - Suliza
Faradiella Mokhtar - Doktor Ida
Shaza - Eva
Faris Zoren - Eriq
Nazmi Nordin - Ash
Amylia - Wana
Syahera Manrose - Ariana
Alex Faizal – Aidil

OST Lagu Tema Tundukkan Playboy Itu TV3
Lagu: Tak Ada Cinta Sepertimu
Penyanyi: Siti Nurdiana & Alif Aziz

Gambar Drama Tundukkan Playboy Itu TV3 
Sinopsis drama Tundukkan Playboy Itu TV3, pelakon dan gambar drama Tundukkan Playboy Itu TV3, Tundukkan Playboy Itu episod akhir – episod 30
Tundukkan Playboy Itu TV3

Tonton drama Tundukkan Playboy Itu
Tarikh Tundukkan Playboy Itu disiarkan: 17 Februari 2016
Jumlah episod drama Tundukkan Playboy Itu: 30
Tundukkan Playboy Itu episod akhir – episod 30
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon