Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Pengalaman Mencemaskan Berdepan Banjir! Air Naik Dan Naik Lagi!!

 Musim banjir sekarang ni, sesetengah tempat dah dinaiki air. Ditambah lagi dengan faktor air pasang, hmmm menjadi la banjir tahun ni. Kalau kat Sarawak kawasan di Siburan, Batu Kitang, Taman Malihah, Bau, Bintawa antara tempat yang dilanda banjir. Begitu juga di Melaka. Banjir di sana-sini.

Pengalaman berdepan dengan banjir, aku pernah merasai sekali. Masa tu aku tinggal kat rumah makcik kawan aku. Tahun 2008. Jam 12 tengah malam, air naik sikit demi sikit. Masa tu rumah makcik kawan aku tu bertangga. Nampak peningkatan air kat tangga. Makin naik, makin naik. Sekeliling rumah dah kecoh dah, mula start enjin kereta, enjin motosikal, parking kereta di kawasan tinggi.

Air dah naik ke atas rumah. Tu baru tahap lantai. So, aku pun bantu jugak letak barang kat kawasan tinggi. Kat atas almari. Mata dah ngantuk dah time tu. Jam 2 pagi, air makin naik, kami semua duduk atas kerusi. Sebab lantai rumah dah dipenuhi air.

Part menakutkan tengok lipan berenang. Eee seram weh. Jam 4 pagi air makin naik, bot bomba dah start menyelamatkan orang kampung untuk dipindahkan ke kawasan selamat. Banjir besar!

banjir teruk, banjir bah, banjir air pasang

Mujur rumah makcik kawan aku tu rumah bertangga. So ada la kawasan tinggi yang kami boleh berdiri. Time tu dah banyak dah orang dipindahkan oleh bot bomba. Kami lagi belum. Sebab time tu, air dah stop naik. Ia maintain tahap tu je. Memandangkan tak ada ciri-ciri air nak naik lagi, kami cakap kami nak stay je kat rumah.

Nanti kalau air naik baru pindah guna bot bomba. Diorang pun setuju. Sebab ada rumah lain lagi yang diorang perlu pergi selamatkan. Rumah kami, agak tinggi. So diorang pun ok je la. Diorang cuma agihkan mi segera kat kami berkotak-kotak.

Jam 6 pagi, air mula surut perlahan-lahan. Lega. Jam 8 pagi, air dah berada tahap tangga. So boleh la kami jalan atas lantai rumah. Jam 11 pagi, air dah surut habis. Bila jenguk luar rumah, habis kuning menguning rumah orang. Especially rumah batu. Huhu.. Mesti teruk nak kena bersihkan nanti.

Itulah pengalaman yang mendebarkan ketika aku menghadapi saat banjir. Serius, time tu aku sangat takut. Dah la tak pandai berenang. Jaket keselamatan pun tak ada. Nasib baik air surut, kalau air pasang lagi, habis la… Mesti rasa menyesal tak naik bot bomba. Korang? Korang pernah merasai pengalaman berdepan dengan banjir teruk? Meh citer.. 
Terima kasih membaca Pengalaman Mencemaskan Berdepan Banjir! Air Naik Dan Naik Lagi!!

7 comments:

  1. Pernah rasa banjir sehari sebelum hari raya sebanyak 2 kali, tapi air naik tak tinggi mana, tapi lepas buku lali la .. bygkan kena uruskan rumah, bersihkan lumpur di pagi raya ... nak gi sholat sunat Raya pun kena redah air banjir.

    ReplyDelete
  2. pernah merasa pengalaman banjir ni time kecik2 dl...
    pe2 pun take care tau

    ReplyDelete
  3. pernah masa kecik2 dulu kat rumah arwah nenek.. masa tu air dah naik paras paha dah.. kereta ayah dah ubah ke kawasan tinggi..

    ReplyDelete
  4. kampung PC pernah dilanda banjir...sekali yang menggerunkan yalah budak budak..takutnya lain macam..dalam pada takut sempat ikat jarum pada benang..benang tu ikan pada pensil..duduk atas tangga kenkonon pancing ikan..

    ReplyDelete
  5. Rumah saya pernah masuk air parat buku lali je...itu pun dah kecoh satu rumah

    ReplyDelete
  6. PG pun ada pernah mengalami pengalaman banjir T_T
    tabahkan hati.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete