Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Pengalaman Mendebarkan Bagi Makanan Pepejal Kat Baby Amirah

Alhamdulillah, 29 Januari 2016 genap la usia baby Amirah 6 bulan. Bila dah umur 6 bulan ni, baby dah boleh makan makanan pepejal contoh macam bubur nasi, cereal, pisang dan sebagainya. Bergelar ibu baru, sesungguhnya nak bagi anak tu makan makanan pepejal buat aku berdebar tak tentu pasal. Haiya..

amirah alya
Baby Amirah Alya

Sebab sebelum ni, baby Amirah ada sejarah sembelit masa umur dia 4 bulan. Tu kes tukar susu lain terus jadi sembelit. Tak dapat berak 3 hari. Merengek-rengek je dia. Kesian. Kejadian berlaku sebanyak 3 kali. Terus buat aku fobia nak tukar susu dia.

Bila mengenangkan kembali, tu baru tukar susu. Ni nak bagi makanan pepejal, aku terfikir..mesti taik dia nanti keras. Mesti susah nak berak. Sebab dalam proses penyesuaian dengan makanan baru. Ketakutan timbul dalam hati, takut dia sembelit. Sukar nak berak. Huhuhu..serius, ia sangat mendebarkan aku. Buat aku nervous tak tentu pasal.

Ibu-ibu hebat kat luar sana ataupun yang ada pengalaman, apa erk makanan yang boleh kita bagi kat baby selain nasi bubur dan infant cereal dalam tin nestle tu? Sebab aku bagi yang gandum+madu, tertulis kat tin tu. Rasa manis sangat. Kang tergemuk pulak budak bambam tu.
Terima kasih membaca Pengalaman Mendebarkan Bagi Makanan Pepejal Kat Baby Amirah

6 comments:

  1. boleh bagi puri carrot..buat cair-cair sikit...

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum mommy. Untuk permulaan, boleh bagi puree buah atau sayur dkat bby. untuk umur 6 bulan. memadai suap 2-3 sudu untuk bagi dia rasa.

    Awak boleh masuk gorup kt fb. Homade solid food. Kat sana banyak respi untuk bayi tau. Produk2 homade pon banyak jual kat sana. rice cereal(beras yg disangai dan dikisar halus) serbuk bilis, rolled oat dan banyak lagi.

    untuk awal2 ni bole buat pure apple, pear, carrot. Nanti boleh mix dgn bbur nasik, then boleh buat bone broth. Nanti dah boleh makan bbur nasik, mcm2 boleh mix.

    ReplyDelete
  3. geram tengok amirah, kejap je kan dah masuk enam bulan, semoga baby amirah terus membesar sihat dan menjadi puteri yang solehah... amiin.

    ReplyDelete
  4. insya Allah boleh...
    bagi minum air lebih skit...

    ReplyDelete