Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia & Menang RM10,000!

Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia & Menang Hadiah Wang Tunai RM10,000 | Anda berkebolehan melukis? Apa kata sertai contest Harimau Malaysia, dapat duit weh! Ketahui apa syarat penyertaan dan cara menyertai Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia beserta hadiah pemenang menang contest Harimau Malaysia ni. Juga bila tarikh tutup dan dapatkan borang penyertaan Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia. Info di bawah.

Syarat Penyertaan Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
I. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
II. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
III. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.
IV. Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Peraduan Logo Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadi hakmilik FAM. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hakcipta hasil kerja diberikan kepada FAM dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada FAM bagi peraduan ini. Bagi logo dipilih oleh FAM, FAM akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun mencetaknya sebagai lambang FAM.
 
Syarat penyertaan dan cara menyertai Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia, hadiah pemenang Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia, tarikh tutup dan borang penyertaan Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
Gambar Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia

Spesifikasi Reka Bentuk Logo
I. Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen berunsur fitnah, menghasut ataupun yang boleh dianggap sebagai sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.
II. FAM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga atas alasan perlanggaran hakcipta. Dalam keadaan sedemikian, FAM akan berhak ataupun berkuasa untuk membawa tindakan terhadap peserta yang menghantar penyertaan yang melanggar hakcipta pihak yang lain.
III. Setiap penyertaan mesti dihantar dengan menggunakan format EPS/PDF serta PNG (alpha background). Saiz logo tersebut tidak melebihi 200 mm (tinggi) x 200 mm (lebar) bersamaan 567 pixel x 567 pixel. Saiz file tersebut mesti tidak melebihi 3 MB. Borang peraduan yang dimuat turun mestilah diletakkan di bahagian bawah kanan karya rekaan logo.
IV. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
V. Logo seharusnya menggambarkan objektif, fungsi pasukan bolasepak kebangsaan.
VI. Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi empat (4) warna.
VII. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

Cara Menyertai Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
Untuk menyertai peraduan ini, perserta perlu untuk:
I. layari laman Facebook kami dan tekan ‘like’ di:
• facebook.com/OfficialHarimauMalaysia
• facebook.com/FAMalaysiaOfficial
II. Muat turun borang peraduan di laman www.harimaumalaysia.my
III. Mereka logo HARIMAU MALAYSIA mengikut kreativiti masing-masing
dan setiap rekaan mesti mengambarkan semangat tinggi pasukan
bolasepak kebangsaan.
IV. Hantar hasil karya dan borang penyertaan ke urusetia peraduan ke alamat emel: harimaumalaysia@fam.org.my
V. Semua penyertaan akan dinilai dan dipilih oleh Panel-panel Khas dan akan memilih TIGA rekaan logo terbaik. Logo ketiga-tiga finalis ini akan dipaparkan kepada umum di laman facebook serta laman web khas kami untuk proses pengundian oleh orang ramai. Pemenang akan dipilih melalui undian yang paling tinggi.

Syarat penyertaan dan cara menyertai Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia, hadiah pemenang Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia, tarikh tutup dan borang penyertaan Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
Hebahan Peraduan Mencipta Logo Harimau Malaysia

Tarikh Tutup Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
29 Februari 2016 jam 6 petang

Dapatkan segera borang penyertaan Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
di sini: http://www.harimaumalaysia.my/ (Baca lebih terperinci segala syarat dan terma pada borang penyertaan tersebut).

Hadiah Pemenang Peraduan Cipta Logo Harimau Malaysia
I. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM 10,000.00 berserta sijil penyertaan.
II. Dua hadiah saguhati akan diberilan kepada pemenang tempat kedua dan ketiga sebanyak RM 2,500.00 setiap seorang.

Hebat tak hadiahnya? Jadi rebutlah peluang, gunakan bakat melukis anda sebaiknya! Kalau menang jangan lupa story-story la nanti. All the best.

1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon