Drama Hujan Malam Itu TV1

Sinopsis Drama Hujan Malam Itu TV1 Panggung Sabtu | Hujan Malam Itu mengisahkan Shuhada gadis kampung menjadi mangsa rogol lelaki yang tak dikenali. Demi menjaga maruah nama keluarga, Hj Rashid ayahnya berusaha mencari lelaki untuk dinikahi secepat mungkin. Hj Rashid menemui Lokman, pemuda yang ingin membaiki dirinya yang pernah jahat di sebuah surau di kampung berdekatan.

Namun Shuhada masih trauma dan tidak mampu untuk jadi isteri yang baik. Satu kemalangan berlaku kepada Lokman. Dia dipukul dan peristiwa itu mengubah sikap Shuhada terhadapnya.

Dia mula menerima Lokman. Malam itu juga hujan lebat. Tanda badan yang di lihat semasa cuba membantu Lokman mengingatkan Shuhada pada lelaki yang pernah merogolnya. Dan kini lelaki itu menjadi suaminya. Dia tidak mampu menerima kenyataan itu.

Dalam hujan lebat, Shuhada meninggalkan Lokman. Namun masih adakah ruang kemaafan buat Lokman? Saksikan segalanya dalam drama Hujan Malam Itu di kaca tv anda.

Pelakon Drama Hujan Malam Itu TV1
Zara Zya
Johan Asaari

Gambar Drama Hujan Malam Itu TV1 
Sinopsis drama Hujan Malam Itu TV1 panggung sabtu, pelakon dan gambar drama Hujan Malam Itu TV1
Hujan Malam Itu TV1

Tonton drama Hujan Malam Itu Panggung Sabtu
Tarikh Hujan Malam Itu disiarkan: 27 Februari 2016
Hari: Sabtu
Jam: 3.00 -5.00 petang
Saluran: TV1

1 comments so far


EmoticonEmoticon