Sinopsis Drama Kerambit TV2

Sinopsis Kerambit TV2 Selekta Prima Kerambit mengisahkan kisah penyiasatan berkenaan sindiket dadah dan kongsi gelap. Rahman (Eman Manan) seorang pesara polis nekad tidak mahu terlibat lagi dalam aktiviti penangkapan jenayah.

sinopsis drama kerambit tv2 selekta prima, pelakon dan gambar kerambit tv2, ost lagu tema drama kerambit tv2
Drama Kerambit TV2 lakonan Eman Manan dan Zul Huzaimy

Namun, insiden yang berlaku di hadapan matanya menyebabkan dia bertindak segera menangkap salah seorang pembunuh ahli kongsi gelap. Dek kejadian itu, ketua kumpulan kongsi gelap menuntut bela dan ingin membalas dendam terhadap Rahman.

Anis (Rozima Bidin) seorang balu yang juga bekas kekasih Rahman suatu ketika dahulu kini menetap di kampung yang sama dengan Rahman. Ketika pertemuannya dengan Rahman, dia mengungkit kisah lama mengapa Rahman meninggalkan dirinya.

Rahman menerangkan ayah Anis tidak suka akan pekerjaannya sebagai anggota polis. Ditambah lagi dengan kebarangkalian mereka akan terkorban semasa dalam pertempuran. Dek kerana itu, dia tidak mahu melukai hati Anis dan segera bertukar kerja ke unit lain.

Anis masih lagi rapat dengan keluarga Rahman. Ketika aktiviti memanggang, satu das tempakan dilepaskan ke dada Anis. Anis cedera parah lalu segera dibawa ke hospital. Rahman mengesyaki ahli kongsi gelap membuat kerja tersebut. Rahman menyiasat dan ingin menangkap pihak yang terlibat. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Kerambit di kaca tv anda.

Pelakon Drama Kerambit TV2
Eman Manan – Rahman
Putri Najwa – Misha
Zul Huzaimy – Faizol
Fauzi Nawawi – Baim
Adam Corrie
Yasmurai – Yazid
Ajak Acika – Mubin
Rozima Bidin - Anis

Gambar Drama Kerambit TV2 
sinopsis drama kerambit tv2 selekta prima, pelakon dan gambar kerambit tv2, ost lagu tema drama kerambit tv2
Jangan lupa saksikan drama Kerambit di TV2

OST Lagu Tema Kerambit TV2
Lagu Terbang – Zul Huzaimy

Tonton Kerambit Selekta Prima
Tarikh Kerambit mula disiarkan: 4 Februari 2016
Hari: Selasa – Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2

1 comments so far

saya teringin nak tengok dari episod satu.. macam mana ye?ada link tak?


EmoticonEmoticon