Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Sinopsis Drama Kak Marr Episod Akhir

Sinopsis Kak Marr Episod Akhir Drama TV3 | Kak Marr (Rozita Che Wan) dalam dilemma. Pilihan antara dua, sama ada lelaki melayu itu ataupun orang putih tersebut. Dia harus memilih calon suami yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya. Kak Marr semakin resah apabila Zulkapli (Redza Rosli) dan Ian Abdullah (Zain Saidin) berebut-rebut ingin bertakhta di hatinya.

Sinopsis Kak Marr episod akhir, gambar, pelakon, akhir cerita drama Kak Marr tamat, last episode, ending Kak Marr, episod kemuncak Kak Marr tv3
Drama Kak Marr TV3 tamat dah..

Mak Long Biah (Kismah Johar) emak Kak Marr, mengatakan dia tidak kisah siapa pun pilihan hati anaknya. Berlaku sedikit pertengkaran antara bekas isteri Zulkapli dengan Kak Marr. Isteri Zulkapli menuduh Kak Marr merampas suaminya. Dek insiden itu, hubungan Kak Marr dengan Zulkapli kian renggang.

Zulkapli tidak putus asa, baginya apa yang berlaku hanyalah salah faham. Dirinya berstatus duda. Anaknya memberi tips cara memikat hati kekasih ayahnya. Dengan tips itu, Zulkapli bertambah semangat ingin meraih cinta Kak Marr.

Malam itu, malam penentuan pilihan hati Kak Marr. Sebelum meninggalkan rumah, dia sempat mengucup wajah anak kesayangannya Aaisyah (Aaisyah Dhia Rana). Zulkapli yang terlambat sampai, bergegas ke lokasi dating Kak Marr dengan Abdullah. Kak Marr yang rimas dengan situasi itu segera pergi dari situ. Lamaran Abdullah telah ditolak. Begitu juga Zulkapli.

Majlis perkahwinan Raftah (Sherry Ibrahim) dan Chef D (Hairi Safwan) berlangsung dengan meriah. Asmah (Izreen Azminda) memohon maaf kepada Kak Marr atas sikapnya yang suka iri hati dan dengki dengan kejayaan Kak Marr. Kak Marr ok je. Mereka berbaik semula. Sempat Kak Marr titipkan nasihat jangan tergedik-gedik bila bercakap, buat biasa je. Tapi Asmah kata tak dapat, sebab dirinya memang begitu bila bercakap.

Perniagaan Kak Marr dikembangkan lagi. Kedai makan Kak Marr akan dibuka di cawangan lain. Semua pekerja Kak Marr amat senang dengan sikap ramah majikannya itu. Tamat.

Pelakon Drama Kak Marr TV3
Kak Marr – Rozita Che Wan
Asmah – Izreen Azminda
Zulkapli – Redza Rosli
Raftah – Sherry Ibrahim
Chef D – Hairi Safwan
Aaisyah – Aaisyah Dhia Rana
Ian Abdullah – Zain Saidin
Mak Long Biah – Kismah Johar

Gambar Drama Kak Marr Episod Akhir
Sinopsis Kak Marr episod akhir, gambar, pelakon, akhir cerita drama Kak Marr tamat, last episode, ending Kak Marr, episod kemuncak Kak Marr tv3
Kak Marr last episode

Drama Kak Marr EPISOD AKHIR
Tarikh episod akhir Kak Marr disiarkan: 16 Februari 2016
Hari: Selasa
Jam: 6.30 petang
Saluran: TV3
Terima kasih membaca Sinopsis Drama Kak Marr Episod Akhir

1 comments:

  1. Best cerita ni sebab izzureen tergedik2 tu..hahaa

    ReplyDelete