Telemovie Mama Sado TV9

Sinopsis Mama Sado TV9 Mama Sado mengisahkan Andra Raina mempunyai seorang ibu yang super gagah perkasa! Bagaimana agaknya mempunyai seorang ibu yang berperwatakan seperti lelaki? Andra Raina malu untuk mengaku wanita yang berperwatakan seperti seorang lelaki itu adalah ibunya, Shamsiah.

Sinopsis telemovie Mama Sado TV9, pelakon dan gambar telemovie Mama Sado TV9
Telemovie Mama Sado TV9

Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Andra memperkenalkan Idris, teman lelakinya kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian tentang motosikal berkuasa tinggi. Namun tidak bagi ibu Idris yang tidak gemar akan perubahan Idris.

Andra melarikan diri kerana tertekan dengan keadaan yang terjadi. Shamsiah mulai sedar yang dia tidak boleh berterusan sebegitu. Dia mula berubah kepada seorang wanita yang feminin. Andra pulang dengan lega namun dia perasan yang ibunya tidak seceria dulu.

Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu Andra yang tidak kunjung tiba. Lalu dikejutkan dengan sekumpulan geng motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka. Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Mama Sado di kaca tv anda.

Pelakon Telemovie Mama Sado TV9
Didie Alias
 Miera Liyana
 Ben Amir
 Mubarak Majid
 Isma Danial
 Enot
Dato Tarmimi Serigar

Gambar Telemovie Mama Sado TV9 
Sinopsis telemovie Mama Sado TV9, pelakon dan gambar telemovie Mama Sado TV9
Tonton lakonan Didie Alias, Miera Liyana dan Ben Amir menerusi telemovie Mama Sado di kaca tv anda.

Saksikan telemovie Mama Sado TV9
Tarikh disiarkan Mama Sado disiarkan: 29 Februari 2016
Hari: Isnin
Jam: 8.30 malam – 10.30 malam
Saluran: TV9


EmoticonEmoticon