Sinopsis Memori Cinta Suraya Episod Akhir

Sinopsis Memori Cinta Suraya Episod Akhir (Episod 148) | Irina (Miera Leyana) panik bila polis datang mengepung rumahnya. Dia mengunci dirinya di dalam rumah dengan membawa sepucuk pistol. Polis memberi amaran agar dirinya menyerah diri.

Memori Cinta Suraya episod akhir – episod 148, akhir cerita drama Memori Cinta Suraya tamat, last episode, ending Memori Cinta Suraya, episod kemuncak, komen drama Memori Cinta Suraya episod terakhir
Drama Memori Cinta Suraya diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul 'A Love To Remember'
\
Zila Bakarin datang memujuk anaknya agar menyerah diri. Mendengar perkataan itu, Irina seperti orang gila! Dia tidak mahu lagi hidup di dalam penjara! Sebagaimana terseksanya dia suatu ketika dulu ketika dia ditahan di dalam penjara. Irina mengacukan pistol ke arah ibunya. Zila merayu agar anaknya menghentikan perbuatan itu.

Rayyan (Hisyam Hamid) pula datang untuk memujuk Irina. Irina enggan mendengar pujukan Rayyan, iaitu bekas suaminya. Namun sebaik sahaja dia mendangar ungkapan ‘sayang’ dari Rayyan, hati Irina tersentuh. Irina mengucapkan terima kasih kerana itu kali pertamanya dia merasa dirinya dihargai oleh Rayyan. Lelaki yang dia dambakan, namun tidak pernah mencintai dirinya.

Irina mengacukan pistol ke kepalanya buat kali terakhir. Namun belum sempat Irina membuat demikian, ibunya cuba merampas pistol tersebut. Melihat kekecohan itu, pihak polis melepaskan tembakan ke arah Irina. Irina meninggal dunia di tempat kejadian. Ibunya begitu bersedih dengan kematian anak kesayangannya.

Naufal (Kay Khydir) telah diberkas oleh pihak polis. Darwish (Riezman Khuzaimi) menghembuskan nafasnya terakhir di hospital. Tengku Elina (Marisa Yasmin) sebak melihat bekas suaminya itu.

Megat Haikal (Afiq Muiz) menghormati keputusan Vanida / V (Nazeera Sardi) apabila dia memilih lelaki lain sebagai peneman hidupnya. Di rumah pula, Zila masih dalam kesedihan. Dia tidak dapat menerima kematian anaknya. Dek kerana itu, dia membuat keputusan untuk pergi ke suatu tempat.

V berusaha memujuk emaknya agar tinggal bersama mereka. Dia kasihan melihat ibunya yang masih dalam kesedihan semenjak kakaknya Irina meninggal dunia. Namun, Zila telah membuat keputusan nekad. V akur pada kehendak ibunya.

Zila masih terbayang-bayangkan permintaan akhir Irina, agar ibunya mati bersama-sama dirinya. Zila mengeluarkan sebotol pil, dan menuangkan ke tapak tangannya dalam jumlah yang banyak. Ketika ingin menelan ubat tersebut, seseorang datang menghampiri dan menghentikan tindakan dirinya membunuh diri.

Suraya (Anzalna Nasir) berkahwin semula dengan suaminya Rayyan dalam majlis yang cukup meriah. Dihadiri oleh sanak saudara dan tetamu yang ramai. Mereka hidup bahagia selamanya. Tamat.

Pelakon Drama Memori Cinta Suraya
Hisyam Hamid sebagai Megat Rayyan
Anzalna Nasir sebagai Suraya
Afiq Muiz sebagai Megat Haikal
Marisa Yasmin sebagai Tengku Elina
Miera Leyana sebagai Irina
Zila Bakarin
Iqram Dinzly sebagai Rizal
Syafnida Shuhaimi sebagai Mariana
Kay Khydir sebagai Naufal
Nafiez Zaidi as Tariq
Nazeera Sardi sebagai Vanida/Rozana
Syuhaida Abraz sebagai Cici
Arash Mohd sebagai Datuk Amran
Watie Sadali sebagai Datin Raziah
Kufridah sebagai Nenek Nona
Zarynn Min sebagai Zulaikha
Riezman Khuzaimi sebagai Darwis
Liza Abdullah sebagai Shamsiah

Gambar Drama Memori Cinta Suraya Episod Akhir 
Memori Cinta Suraya episod akhir – episod 148, akhir cerita drama Memori Cinta Suraya tamat, last episode, ending Memori Cinta Suraya, episod kemuncak, komen drama Memori Cinta Suraya episod terakhir
Memori Cinta Suraya episod terakhir

Komen Selepas Menonton Drama Memori Cinta Suraya
Akhirnyaaaaa, tamat jugak drama ni. Telenovela melayu yang cukup panjang. 148 episod! Fuh! Siap tumbuh janggut nak tunggu drama ni habis. Tapi aku amat suka drama Memori Cinta Suraya berbanding drama Cinta Ibadah.

Bagi aku, jalan cerita Memori Cinta Suraya ni menarik dengan watak pelakon yang hebat seperti Miera Liyana, Zila Bakarin. Buat kita geram je kat mereka! Jalan cerita masih diterima akal. Tak macam telenovela Cinta Ibadah, jalan cerita sungguh merepek! Itu baru sinetron. Kisahnya sama macam sinetron, jalan cerita merepek. Oooops.

Ending Memori Cinta Suraya masing-masing ada pengakhiran. Irina nak bunuh diri tapi mati di tangan pihak polis. Maknya pun sama jugak, nak bunuh diri jugak dengan menelan pil, nasib ada kekasih hati datang menegah.

Zila tu nama sebenar mak Irina. Actually dalam drama ni aku lupa nama watak dia, haha. So panggil Zila je la. Eh korang ada tengok Afiq Muiz kat taman yang dia jumpa perempuan terpelecok tu. Seksi sungguh! Meluat pulak aku tengok. Tau lah scene dia sekejap je, tak payah la pakai baju seksi menampakkan tuttt dia. Sangat tak selesa nak tonton di kaca tv. Malu i kalau adik-adik yang kecik tu tengok.

Ok sekian je la bebelan aku pasal Memori Cinta Suraya episod terakhir ni. Nak tanya, korang ada tengok jugak ke? Ni ha, aku siapkan sinopsis Memori Cinta Suraya episod akhir agar korang senang nak tahu apa kisah akhir drama terpanjang ni. Kot-kot ada yang terlepas tengok. Boleh la tahu pengakhiran drama ni kat sini. Selamat membaca.

Drama Memori Cinta Suraya episod akhir
Tarikh episod akhir Memori Cinta Suraya disiarkan: 23 Februari 2016
Memori Cinta Suraya episod akhir – episod 148
Hari: Selasa
Jam: 6.00 petang
Saluran: Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135)

1 comments so far

akhirnya habis juga drama mengarut ni..maaf bagi MV drama ni terlalu panjang


EmoticonEmoticon