Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta TV3

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta TV3 | Seindah Takdir Cinta mengisahkan Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka? Saksikan segalanya dalam drama Seindah Takdir Cinta akan datang di kaca tv anda.

Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta TV3
Amyra Rosli
 Syarul Ridzwan
Redza Rosli

Gambar Drama Seindah Takdir Cinta TV3 
Sinopsis drama Seindah Takdir Cinta TV3, pelakon dan gambar drama Seindah Takdir Cinta TV3
Drama terbaru adaptasi novel Seindah Takdir Cinta bakal bersiaran kelak

Tonton drama Seindah Takdir Cinta
Tarikh Seindah Takdir Cinta disiarkan: Jun 2016
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3
Terima kasih membaca Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta TV3

0 comments:

Post a Comment