Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Sinopsis Filem Ola Bola

Sinopsis Filem Ola Bola | Ola Bola mengisahkan semangat juang satu team bola sepak negara yang bangkit dari kejatuhan hingga menggapai kejayaan. Merekalah wira negara. Menepis berbagai dugaan dan rintangan, bersatu hati dan bersemangat juang dalam pertempuran di padang.

Marianne (Marianne Tan), wartawan yang telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu. Ketika zaman itu, nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini.

Marianne mendapati pasukan bola sepak era 80-an, berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing.

Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara. Saksikan segalanya dalam filem Ola Bola di panggung wayang.

Pelakon Filem Ola Bola
Bront Palarae
 Chee Jun Cherng
 Luqman Hafidz
 Mohamad Taufiq
 Saran Kumar
Marianne Tan
 Katrina Ho

Gambar Filem Ola Bola 
Sinopsis Filem Ola Bola, pelakon dan gambar Filem Ola Bola
Ola Bola filem terlaris 2016

Tonton filem Ola Bola di pawagam berdekatan anda!
Tarikh tayangan Ola Bola: 28 Januari 2016
Terima kasih membaca Sinopsis Filem Ola Bola

1 comments:

  1. BW here...
    dengar ost jer dah best dan trailer pun mcam best ..

    ReplyDelete