Jadi Budak Asrama, Hari Jumaat Paling Best! Paling Bahagia!!

Siapa sini pernah jadi pelajar asrama? Aku start dari tingkatan satu hingga form 6 sekolah asrama je. Adik aku tingkatan 3 dah jadi pelajar harian. Apa beza budak harian dan budak asrama. Bagi aku budak asrama ada baik sikit…kikiki.. Yela sebab banyak peraturan kena dipatuhi. Ala-ala berdisiplin gitu.

Sungguhpun begitu, ada la jugak part nakal-nakal tu. Pernah…aku escape study malam. Curi-curi balik asrama lebih awal. Orang balik jam 9.30 malam. Kami balik jam 8.30 malam. Makin hujung tahun tu la, saat paling best. Sebab time tu warden tak strict sangat. Kadang-kadang je jenguk kelas. Kami apa lagi, berjimba curi-curi balik asrama awal. 
Gambar katil asrama pelajar perempuan, bilik asrama, tilam katil asrama
Cenggini la duduk kat asrama. Katil bertingkat-tingkat

Bagi aku, antara hari Isnin sampai Ahad, hari Jumaat paling best! Paling menyeronokkan! Paling membahagiakan! Sebab apa? Sebab Jumaat hari balik ke rumah, cuti hujung minggu. Biasanya budak asarama ni stay 2-3 minggu kat asrama. So, bila balik tu, excited kemain.

Ditambah lagi dengan jadual waktu belajar hari Jumaat singkat, balik lebih awal dari biasa. Subjek pun kamceng je, semua subjek best-best hari Jumaat. Contoh takde Sejarah. Kikiki..aku paling tak minat subjek Sejarah. Mengantuk!

Hari ni hari Jumaat, budak-budak masih lagi bercuti untuk perayaan Chinese New Year. Yang dah akil baligh jangan lupa solat Jumaat. Eh, masa sekolah rendah (darjah 3) aku and the geng pun solat Jumaat kat masjid. Hihi..ye la budak-budak kan suka terikut-ikut. Alahai, bestnya zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Kenangan lalu mengusik jiwa!

7 comments

hahaha. betul. betul. hari jumaat adalah hari yang paling mengembirakan. PG pun pernah duduk asrama. tak sampai setahun, form 5 je duduk asrama :D

Rindu zaman duduk asrama dulu..Selalu curik tidur time prep..sipa tidur atas meja prep lagi..sekali warden datang..kena denda berdiri depan aspura..yang tu yang best..dapat usya buah hati..hahaha

memang best..saya dulu waktu sekolah duduk asrama tentera. warden dan penjaga asrama semua askar terlatih. sebabnya nak jaga kami ada daripada askar para dan komando. saya paling tak suka kalau komando jaga. sebabnya, bila malam, kami tak boleh bergerak bebas sebab mereka ada di mana-mana. tapi memang syok bilamana tertangkap. macam-macam hukuman yang kami terima. bila dikenang balik. indah je zaman tu..

haii..follow sini :)

saya pun duk hostel dari form 1 smpai form 5 hehe..hari jumaat paling best sebab tak sabar nak outing weekend hahahaha..lepas tu kalau dapat cuti balik kg lagi lah tak sabar nak tunggu jumaat kannnn >_<

seyes rindu sgt....time dak laki pegi solat jumaat kitorang lepak tak pun tido kat dorm....^^


EmoticonEmoticon