Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Kenyang Terlampau Punca Ilham Terbantut

Pernah tak korang mengalami situasi di mana korang rasa terover kenyang tetibe rasa ‘malas’ tu menjelma. Malas nak buat kerja, malas nak fikir itu ini. Melayan perut yang penuh kekenyangan! Apa lagi, duduk, berehat, bersantai, last-last mata pun lena. Tu yang orang selalu kaitkan ‘macam ular sawa’.

Bila perut berkeriok-keriok, saat di mana lapar sangat-sangat, kita selalu imagine bila jumpa makanan kita nak makan puas-puas!! Nak minum air puas-puas!! Air yang dibayangkan air ais, yang wap aisnya meleleh-leleh. Menambahkan lagi rasa geram di hati nak makan di saat tu jugak. Bila jumpa makanan, apa lagi..melantak sepuasnya! Haha..

Kita selalu tangguhkan kerja, konon kalau perut lapar tak dapat fokus nak cari ilham (merujuk aku lettew). Tapi bila jumpa makanan yang super duper yummy terus tak ingat dunia, ngap! Ngap! Ngap! 3 minit je dah habis sepinggan! Lepas tu sumbat dengan air ais yang macam aku imagine atas tu. Erkkkkkkkk! Kenyang..alhamdulillah..
terlampau kenyang, makan banyak, perut boroi
Errr jangan jadi macam ni ye

Perut kenyang, mata pun start mengantuk. Tidur laaa…tidur laaa..begitu menggoda sekali! Eh tadi kata perut lapar tak dapat fokus cari ilham, ni dah isi perut lain pulak isunya. Kita kalau makan terlampau kenyang sangat, memang akan jadi cenggitu. Akan fokus pada perut yang terik membulat, ilham jadinya terstuck. Terbantut.

Pengajarannya, makan sesedang kuantitinya. Pernah dengar..makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang. Ha, itu yang perlu kita praktikkan dalam amalan pemakanan kita. Amalkan pemakanan yang sihat. Selamat melaksanakan tugasan anda, berfikir dan berfikir, moga ilham datang mencurah-curah.
Terima kasih membaca Kenyang Terlampau Punca Ilham Terbantut

4 comments:

  1. sya! lpas mkn nasi lemak mesti nak tidur...kikiki

    ReplyDelete
  2. selalunya cari ilham sebelum breakfast...dah draf sume then baru start ngn makan nestum & breakfast

    ReplyDelete
  3. betul Yumi...kalau boleh sederhana..lapar sangat tak fokus..kenyang sangat terus hilang fokus...fokusnya ke bantal..

    ReplyDelete
  4. betul tu kenyang sgt terus mta berat

    ReplyDelete