Telemovie Menggenggam Janji TV9

Sinopsis Menggenggam Janji TV9 Menggenggam Janji mengisahkan kehidupan saudara baru yang bergelut dengan perasaan untuk terus kekal istiqamah dengan ajaran Islam. Rahmah (Fouziah Gous), seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas.

Sebagai seorang suami, Jalil dilihat semakin lalai dengan tugasnya untuk membimbing Rahmah dan anak mereka, untuk menjadi muslim sejati. Akibat terlalu sibuk dengan perniagaanya, Jalil hanya membiarkan Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama dan sering tidak mengendahkan penyakit yang dihidapi Rahmah.

Rahmah berkenalan dengan Syuhada, jururawat yang sering merawatnya di hospital ketika dia menjalani rawatan. Kepada Syuhada, Rahmah sering meluahkan perasaannya. Malah di saat akhir Rahmah, dia memberikan amanat pada Syuhada untuk memastikan Jasmin tidak akan terpesong dari ajaran Islam.

Setelah Rahmah tiada, Syuhada menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga Jasmin dan membuatkan hati Jalil terpaut pada keikhlasan Syuhada. Jalil mahu melamar Syuhada untuk menjadi pengganti Rahmah dan berjanji dia tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu dan tidak akan lalai dengan tanggungjawabnya.

Tetapi, satu kebenaran telah terbongkar dan membuatkan Syuhada berat untuk menerima lamaran Jalil. Apakah yang menjadi penghalang cinta mereka? Saksikan kisah selanjutnya dalam drama Menggenggam Janji di kaca tv anda.

Pelakon Telemovie Menggenggam Janji TV9
Zamarul Hisham
 Fouziah Gous
 Janice Zelynn
 Khairisyah Kemal

Gambar Telemovie Menggenggam Janji TV9 
Sinopsis telemovie Menggenggam Janji TV9, pelakon dan gambar telemovie Menggenggam Janji TV9
Tonton lakonan Zamarul Hisham dan Fouziah Gous menerusi telemovie Menggenggam Janji di kaca tv anda.

Saksikan telemovie Menggenggam Janji TV9
Tarikh disiarkan Menggenggam Janji disiarkan: 26 Februari 2016
Hari: Isnin
Jam: 9.30 malam – 11.30 malam
Saluran: TV9

3 comments

In sha Allah boleh tengok ni...lama tak tengok fouziah gous berlakon.

woowww - best kat cni ada infor citer di TV


EmoticonEmoticon