4 Kebaikan Menggunakan Lip Balm | Seronoknya kalau dapat memiliki bibir yang cantik dan
lembap sepanjang masa. Menaikkan seri wajah, amat menyelesakan. Tak adalah
habit suka menjilat bibir. Biasanya, orang yang memiliki bibir kering suka
membuat habit tersebut yang mana ianya tidak bagus untuk bibir kita. Taraaaa!
Ni nak bagitau ni, produk penjagaan bibir: LIP BALM.
Gambar lip balm sebagai pelembap bibir |
Pernah
guna lip balm? Eh orang perempuan mesti biasa punya la guna produk ni. Eh
lelaki pun sama tau. Sebab fungsi lip balm ni untuk melembapkan bibir. Orang
perempuan boleh pakai, lelaki pun boleh. Bukan kasi kaler-kaler bibir. Ha, tang
tu kalau lelaki buat ‘auw!’ la jadinya. Haha..
Sebagai seorang wanita, kita harus memberi perhatian
dan penjagaan pada bahagian bibir. Bibir atau kawasan mulut adalah bahagian pada wajah
manusia yang mudah menerima jangkitan. Sama juga seperti bahagian mata dan hidung.
Oleh itu, salah satu cara penjagaan bibir yang mudah adalah dengan menggunakan lip
balm.
Kebaikan lip balm |
Berbeza dengan
lipstick dan lip gloss, lip balm atau pelembab bibir berfungsi untuk memberikan
kelembapan kepada permukaan bibir. Keadaan bibir yang terlalu kering boleh menyebabkan
ia merekah dan bukan sahaja mencacatkan penampilan anda, malah menyukarkan anda
untuk makan dan minum.
Berdasarkan
pengalaman, aku sendiri pernah menghadapi masalah bibir merekah. Serius ianya
menyakitkan dan rasa kurang selesa. Penawarnya aku sapukan lip balm di bibir.
Memang sangat membantu.
Kelebihan lip balm |
Selain itu
juga, lip balm digunakan bertujuan untuk memperbaiki struktur sel pada permukaan
bibir agar bibir anda kelihatan sihat luar dan dalam. Dan bagi wanita yang
mempunyai masalah bibir berwarna hitam, penggunaan lip balm ini boleh mengembalikan
warna bibir anda kepada warna yang asal.
Bibir cantik hasil menggunakan lip balm |
Lip balm
bukan sahaja berfungsi untuk melembabkan bibir tapi ia menjadikan penampilan
kita kelihatan semula jadi. Lebih-lebih lagi part senyuman tu, bibir cantik,
membuatkan hati terpaut pada manisnya senyuman sang pemilik pelembap bibir. So,
itulah kebaikan menggunakan lip balm.
Jangan lupa tau, gunakan pelindung bibir ke mana sahaja anda pergi.
4 comments
GREAT :)
jyeah! memang bgus amalkan lipbam ni. Kalau kat rumah, rajin2 letak madu. hehe. =)
saya xleh guna lip balm...just boleh guna lipstik je...kalau xnnt bibir kering
jemput singgah di Blog kita tau, kita ada buat GA...
jangan lupe join, support & tolong sebarkan (^_^)
EmoticonEmoticon