Leave Group Facebook Semak & Sesak Artikel Lucah Melampau!

Gara-gara artikel lucah yang di share di group facebook, oleh mereka yang tak bertanggungjawab, mungkin boleh aku simpulkan, mereka-mereka ini ‘bukan bodoh tetapi bangang’. Tersangat annoying. Mengganggu konsentrasi kita nak baca facebook.

Malah paling teruk, terasa mata ini berdosa. Terpandang gambar yang dikongsikan dalam artikel tersebut. Gambar lucah tersebut bukan virus. Tetapi ianya memang di share oleh mereka pemilik blog tersebut. Sebab nama pengguna facebook tu serta url link blog tersebut adalah sama setiap kali adanya aktiviti ping artikel ke group facebook.

Walaupun aku pernah membuat report pada facebook akan aktiviti mereka ni menge-ping artikel lucah dalam group facebook. Tapi penyebaran entry lucah semakin banyak dan berleluasa dalam group tu. Dipendekkan cerita, disebabkan tak tahan..keputusan aku adalah leave group.

Actually group tu aku gunakan untuk pingkan artikel blog aku. Kadang-kadang la. Sebab aku suka kongsi peraduan besar-besar dalam group tu. Mana tahu ada ahli dalam group tu berminat nak join.

Leave Group Facebook Semak & Sesak Artikel Lucah Melampau!

Now, secara rasminya aku DAH LEAVE BEBERAPA GROUP FACEBOOK. Lega. Rasa aman dan tenteram bila skrol dan baca facebook. Tenang..fokus..santai..

Oh ya, buat member se-facebook ku, jangan add aku kat group-group fb k. Kalau nak add, pm dulu. Bukan apa, nak add aku ke group iklan bagai, group bisnes la, huhuhu semak la..aku bukan ada barang nak jual pun. Jugak tak minat nak beli barang-barang online ni. Kalau group fb bermanfaat ok la jugak macam homeschooling tu, group ibu-ibu, group parenting, ada la jugak faedahnya. Banyak ilmu.

Wokeh, sekian je la bebelanku kali ni. Oh ya, korang pun ada jugak masalah macam yang aku hadapi ke? Terganggu dengan gambar/ artikel lucah, ter-rimas dengan aktiviti menge-add dalam group fb. Macam mana korang hadapi?

6 comments

itu tandanya orang xde keje & buat keje bengong!!!
leave the group jer...

kan..semak kan kalau banyak group di fb huhu

ada ek yang buat artikel lucah. Tapi setakat ni aku jumpa orang share video perkara yg tak senonoh. - adarain.com

Dolok deras group blogger kat Facebook. Kinek tok dah jarang dah. Sikda entry jwak nak diping kat dalam ya. Malar jak jadi Chipmore tok. Heheh.

http://angellovesoldier.blogspot.com/

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon