Drama Cinta Jannah TV3

Sinopsis Cinta Jannah Drama TV3 Slot Azalea | Cinta Jannah mengisahkan seorang gadis bernama Jannah (Nelydia Senrose) dipertemukan jodoh dengan jejaka hensem dari keluarga berada, Izaryl (Aeril Zafril). Pada awalnya, ayah Jannah iaitu Abdullah (Shaharudin Tamby) ingin mengahwinkan Jannah dengan Suffian (Ezany Nizariff). 
Sinopsis cinta jannah drama tv3 slot azalea, pelakon dan gambar drama cinta jannah tv3, ost lagu tema drama cinta jannah tv3

Tini (Watie Sadali) isteri pertama Sufian menentang rancangan Sufian habis-habisan. Dia tidak bersetuju suaminya menikahi perempuan lain. Rombongan meminang gagal apabila Jannah melarikan diri dari rumah.

Balqish (Reen Rahim) kakak kepada Jannah sering merasa iri hati dengan Jannah. Balqish gembira bila Jannah tiada di rumah itu. Suaminya, Razlan (Qazem Nor) pernah mempunyai niat tidak baik terhadap Jannah. Ibu Jannah, Sumaiyyah (Fadilah Mansor) merasa kasihan melihat Jannah. Dia memberitahu Jannah agar jangan kembali ke rumah kerana ayahnya masih meneruskan niat mengahwinkannya dengan Suffian. Jannah akur dengan keputusan ibunya.

Hakim (Fattah Amin) sahabat baik Izaryl. Hanya dia yang mengetahui keberadaan Jannah di rumah Izaryl. Ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee) seorang yang angkuh dan sombong. Dia hanya mahukan menantu dari keluarga yang kaya seperti keluarganya. Tengku Zareena membuat sepakat dengan rakan baiknya iaitu Datin Marina (Aleza Shahdan) untuk mengahwinkan anak mereka.

Damia (Ramona Zam Zam) seorang anak manja, kemahuannya sentiasa dipenuhi ibunya Datin Marina. Mengetahui dirinya bakal dijodohkan dengan Izaryl, Damia cukup teruja. Dari dahulu lagi, Damia menaruh hati terhadap Izaryl. Namun, sayangnya Damia hanya bertepuk sebelah tangan.

Bagaimanakah reaksi Tengku Zareena bila anaknya memilih Jannah, gadis dari keluarga biasa menjadi menantunya. Bagaimanakah penerimaannya kelak? Saksikan segalanya menerusi drama Cinta Jannah di TV3.

Pelakon Drama Cinta Jannah TV3
Aeril Zafril – Izaryl
Nelydia Senrose – Jannah
Ramona Zam Zam – Damia
Reen Rahim – Balqish
Fattah Amin – Hakim
Shaharudin Tamby – Abdullah
Ezany Nizariff – Suffian
Dian P Ramlee – Tengku Zareena
Fadilah Mansor – Sumaiyyah
Watie Sadali – Tini
Aleza Shahdan – Datin Marina
Qazem Nor - Razlan

Gambar Drama Cinta Jannah TV3
Sinopsis cinta jannah drama tv3 slot azalea, pelakon dan gambar drama cinta jannah tv3, ost lagu tema drama cinta jannah tv3

Original Sound Track OST Cinta Jannah
Lagu: Angin Syurga
Penyanyi: Misha Omar

Lagu Tema Drama Cinta Jannah TV3
Lagu: Tidak Tidak
Penyanyi: Erry Putra

Saksikan drama Cinta Jannah
Jumlah episod: 24 (episod akhir)
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3


Info:

Biodata pelakon drama Cinta Jannah TV3:
Biodata Aeril Zafrel – watak Izaryl
Biodata Fattah Amin – watak Hakim
Rbiodata Reen Rahim – watak Balqish
Biodata Nelydia Senrose – watak Jannah

Biodata Ramona Zamzam – watak Damia

2 comments

BLOGWALKING HERE....saya singgah tinggalkan jejak....kalo minat n komen boleh jenguk2 kat blog saya
http://comot-pink.blogspot.my/

http://madey09.blogspot.my/ ingat tak lagi etuza, dari url mia


EmoticonEmoticon