Punca & Kesan Rahim Peranakan Jatuh

Punca Rahim Peranakan Jatuh
1. Jatuh terhentak yg kuat
2. Angkat benda yg berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak

Kesan Akibat Peranakan Jatuh
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

Tanda Awal Bahagian Peranakan Turun
1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Ketahui punca dan kesan bila rahim wanita turun, dalam erti kata lain bahagian peranakan jatuh.

Sila Semak:
1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.

Cara Rawat Rahim (Peranakan) Jatuh
Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal.
Cara utk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh
Selain amalkan senaman kagel tu...cara ini pon boleh membantu...
tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
bagi yang dah teruk tu,sila dapatkan nasihat dari yang pakar..
kalau tak boleh tegak lurus pon tak apa..ikut kesesuaian diri...
praktice makes perfect!
kalau takut..minta bantuan sesiapa pegang kaki tu...
buatlah dalam kiraan 10-20. (slow ye kira tu) bernafas macam biasa... sumber  

5 comments

selalu pi berurut je kalau rasa peranakkan jatuh...

takutnya kalau jatuh...hari tu main roller blade jatuh berdepuk..huhu..sakit tulang pinggul...risaunya..dahla tak urut sengkak lagi sebab caeser hari tu..

Good info. Thanks for sharing :)


EmoticonEmoticon