Resepi Potato Wedges Sedap Ala KFC

Teringin nak makan kentang goreng? Potato wedges yang macam kat KFC tu. Kalau nak jimat duit dan nak makan potato wedges yang banyak, apa kata kita buat sendiri. Caranya ada ditunjukkan seperti di bawah. Sumber resepi dirujuk dari sini.

RESEPI POTATO WEDGES (KENTANG GORENG) SEDAP ALA KFC
Resepi Potato Wedges Sedap Ala KFC yang rangup dan crunchy, resepi masakan kentang goreng KFC, gambar Potato Wedges, cara membuat Potato Wedges seperti KFC

Bahan-bahan persediaan potato wedges KFC:
1. Kentang (jumlah kentang bergantung pada kemahuan yang kita nak)
2. Garam
3. Pati ayam
4. Tepung gandum
5. Serbuk lada hitam

Cara membuat kentang goreng ala KFC:
1. Kentang direndam di dalam air panas selama 2 minit. Potong kentang seperti potong epal yang macam kat KFC tu. Kalau tak potong kulit pun boleh jugak.
2. Rebuskan kentang di dalam air. Rebusan bertujuan untuk melembutkan kentang. Campurkan garam dan pati ayam secukup rasa.
 3. Keluarkan kentang dari rebusan. Untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan, gunakan garfu dan cucuk pada kentang. Kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang, maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan lama sangat rebus. Nanti kentang jadi lembik.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.
5. Kentang-kentang tadi, balutkan dengan serbuk tepung gandum dan lada hitam. Jangan campurkan tepung gandum dengan air.  
6. Goreng kentang semuat kuali sehingga warna agak keperangan dan angkat.
7. Siap! Boleh la dihidangkan bersama mayonis, sos, keju atau apa-apa yang kita mahu sebagai pencicah kentang goreng yang sedap ala KFC tu.

Selamat mencuba kengkawan semua..

4 comments

nice share, kak.. boleh try nanti ni..
Lissa suka kentangg. hehe

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon