Sinopsis Sinetron Yasmin TV3

Sinopsis Sinetron Yasmin TV3 | Sinetron Yasmin mengisahkan Alvino merupakan seorang pengusaha tekstil yang berjaya. Dengan perniagaannya yang semakin berkembang maju, Dolly dan anak gadisnya Karin, mengambil kesempatan untuk tinggal di rumah Alvino.
 Sinopsis Sinetron Yasmin TV3, pelakon dan gambar sinetron Yasmin TV3, OST lagu tema sinetron Yasmin lagu Diantara Kalian : D’Masiv, sinetron Yasmin episod akhir – episod 82 Sinopsis Sinetron Yasmin TV3

Alvino mempunyai setiausaha bernama Windy. Sebelum ini, Windy sudah mempunyai kekasih, namun Windy memutuskan hubungan mereka sebaik sahaja mengetahui Alvino tertarik padanya dan merencana ingin berkahwin dengannya.

Di majlis perkahwinan kawannya, Om Usman mengenali seorang gadis bernama Yasmin. Yasmin dilihatnya seakan gadis yang polos, lurus bendul, naïf dan jujur. Yasmin tinggal bersama emak tirinya iaitu Helena dan juga kakak tirinya Chika. Mereka kedua-duanya pemalas dan bersikap licik!

Om Usman datang menemui Alvino dan membuat perjanjian dengannya. Katanya, Yasmin bakal memberinya cinta sejati. Dengan itu, Om Usman menjadikan Yasmin sebagai setiausaha di syarikat baru tempat Alvino bekerja.

Om Usman datang ke rumah Yasmin dan menawarkan jawatan setiausaha kepada Yasmin. Yasmin lantas bersetuju! Namun berlainan pula dengan emak tirinya, dia meminta sejumlah wang sebelum Yasmin dibenarkan bekerja. Om Osman membayar 200 juta rupiah kepada emak tiri Yasmin sebagaimana syarat yang telah ditetapkan.

Yasmin kini bekerja di bawah syarikat tekstil. Alvino bekerja di bahagian kewangan. Om Usman membenarkan Yasmin melanjutkan pelajarannya di kolej, sebaik sahaja waktu kerjanya tamat. Yasmin ketika itu mengambil kuliah malam.

Donnie merupakan pengurus di syarikat itu. Pada awalnya, Donnie turut mengambil kesempatan terhadap Yasmin. Namun sebaik melihat peribadi mulia Yasmin, Donnie akhirnya jatuh cinta pada Yasmin. Pada masa yang sama, Alvino juga turut jatuh hati kepada Yasmin.

Mengetahui Yasmin menaruh perasaan terhadap Alvino. Donnie merencana ingin menjatuhkan Alvino. Tujuannya supaya Yasmin hati dan cinta Yasmin beralih kepadanya. Pemandu Alvino yang bernama Milo, jatuh hati pada sepupu Alvino iaitu Karin.

Yasmin kemudiannya berkenalan dengan Evan. Evan bekerja di syarikat bersebelahan syarikat Yasmin. Hubungan Evan dan Yasmin adalah sahabat baik. Namun perlahan-lahan bertukar menjadi suka dan jatuh cinta. Evan jatuh hati terhadap Yasmin. Yasmin meluahkan isi hatinya mengenai Alvino di hadapan Evan. Barulah Evan mengetahui bahawa Yasmin menyukai lelaki lain.

Evan tidak putus asa, dia membuat lamaran terhadap Yasmin. Yasmin menolak lembut dan meminta Evan agar tidak menemuinya lagi. Dolly menawarkan ganjaran hadiah lumayan jika Helena mampu membuatkan anak gadisnya menikahi Evan. Helena terus bersetuju!

Alvino memutuskan untuk berkahwin dengan Yasmin. Namun hasratnya berkecai bila mana Helena membongkar rahsia perjanjian antara Alvino dan Om Usman. Yasmin merasa tertipu. Lantas membatalkan rancangan kahwinnya bersama Alvino.

Yasmin meninggalkan Alvino dan membuat keputusan akan berkahwin dengan Evan. Hati Alvino hancur luluh! Baginya, Yasmin adalah cinta sejatinya. Segala persiapan perkahwinan telah diatur. Ketika itu, Evan telah tertarik dan jatuh hati pada kakak tiri Yasmin iaitu Chika. Mereka saling mencintai antara satu sama lain.

Melihat Alvino terseksa mengharungi hidup tanpa Yasmin, Om Usman datang berjumpa Yasmin dan menjelaskan perkara sebenarnya. Barulah Yasmin faham. Yasmin yang tergesa-gesa mencari Alvino tidak dapat menjejaki di mana keberadaan Alvino. Yasmin berasa sedih.

Siapa sangka Yasmin bakal bertemu kembali dengan Alvino di dalam syarikat itu. Yasmin begitu terkejut melihat kehadiran Alvino selepas dia menghilangkan diri sebelum ini. Yasmin memaklumkan perkara itu kepada Om Usman.

Akan terjalin kembalikah cinta sejati antara Yasmin dan Alvino? Tuluskah cinta Evan terhadap Chika? Adakah sikap Chika juga telah berubah kepada Yasmin? Bagaimana perancangan Dolly untuk menyatukan anaknya iaitu Karin dengan Evan? Saksikan segalanya dalam Sinetron Yasmin di kaca tv anda. 

Pelakon Sinetron Yasmin TV3
Nabila Syakieb Sebagai Yasmin
Richard Kevin Sebagai Alvino
Oka Antara
Raya Kohandi
Tika Putri Sebagai Karin
Iszur Muchtar
Tetty Lies Indriyati Sebagai Rolly
Moudy Wilhelmina
Luna Maya
Cathy Sharon

Gambar Sinetron Yasmin TV3 
Sinopsis Sinetron Yasmin TV3, pelakon dan gambar sinetron Yasmin TV3, OST lagu tema sinetron Yasmin lagu Diantara Kalian : D’Masiv, sinetron Yasmin episod akhir – episod 82 Sinopsis Sinetron Yasmin TV3

Original Sound Track OST Sinetron Yasmin
Lagu: Diantara Kalian
Penyanyi: D’Masiv

Tonton Sinetron Yasmin
Jumlah episod Sinetron Yasmin disiarkan: 82 (episod akhir)
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 2.00 – 3.00 petang
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon