Drama Biskut-Biskut Cinta TV2

Sinopsis Drama Biskut-Biskut Cinta TV2 Slot Citra | Biskut-Biskut Cinta mengisahkan
Khirul Bariah (Sara Ali) seorang gadis tomboy yang jatuh cinta terhadap pemuda yang sering menjadi penyelamatnya. Dek kerana takut dikahwinkan dengan orang tua di kampungnya, Khirul Bariah melarikan diri ke Bandar. Malah dia juga menukar identiti dirinya menjadi seorang lelaki dengan nama barunya Kerol.

 Sinopsis drama Biskut-Biskut Cinta TV2 Slot Citra, pelakon dan gambar telemovie Biskut-Biskut Cinta TV2, review Biskut-Biskut Cinta

Dia kemudiannya diterima bekerja di kedai biskut dan pada masa yang sama berjumpa dengan rakan serumah bernama Anuar (Syafie Naswip). Anuar merupakan penyelia di kedai biskut tempatnya bekerja. Setiap bulan Kerol mengirim wang pada ibunya di kampung untuk melangsaikan hutang keluarga dengan orang kaya di kampung.

Berlaku peristiwa-peristiwa lucu semasa tinggal serumah dengan Anuar hingga memaksa Kerol mencari rumah sewa lain kerana takut rahsianya bocor dan diketahui oleh Anuar.
Pada suatu hari Kerol diganggu oleh sekumpulan remaja nakal. Mujur Anuar berada di situ lantas menyelamatkan Kerol. Sejak itu Kerol terpaut hati tanpa di sedari Anuar. Anuar pula merasakan Kerol seorang yang pelik kerana jarang bergaul dengannya semasa mereka tinggal serumah hingga memaksa beliau menyiasat siapa Kerol sebenarnya.

Akhirnya Anuar dapat tahu siapa Kerol hingga menyebabkan dia kecil hati dan marah pada Kerol. Kerol menerangkan keadaan sebenar hingga berjaya memujuk Anuar dan Anuar pergi ke kampung Khairul Bariah bertemu ibunya. Pulang ke rumah Kerol terkejut kerana ibunya telah berkahwin dengan Pak Yazid, orang kaya di kampungnya. Nak tahu kisah selanjutnya? Saksikan segalanya menerusi drama Biskut-Biskut Cinta di kaca tv anda.

Pelakon Drama Biskut-Biskut Cinta TV2
Syafie Naswip - Anuar
 Sara Ali - Khirul Bariah / Kerol
Kamarul Hj Yusuff - Pak Yazid
 Delimawati - Mak Ton
 Sharonizam Noor - Abang Leman
Zila Bakarin – Julia
Rasyid Jaafar - Zaki

Gambar Drama Biskut-Biskut Cinta TV2 
Sinopsis drama Biskut-Biskut Cinta TV2 Slot Citra, pelakon dan gambar telemovie Biskut-Biskut Cinta TV2, review Biskut-Biskut Cinta

Saksikan Biskut-Biskut Cinta Slot Citra
Tarikh Biskut-Biskut Cinta disiarkan: 27 Oktober 2015
Hari: Selasa
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV2

1 comments so far

Tgok iklan mcm best , tak sabaaarrrr


EmoticonEmoticon