Hari
ni dah masuk 5 hari tak ada bekalan air paip. Bermula hari Isnin lepas. Kalau
kat sini, memang menjadi kebiasaan kalau takde air. Selalu je kes paip pecah.
Lepas tu nak baiki, nak tunggu air paip tu ada balik, punya la lama. Nasib baik
la ada tong biru besar tu disediakan untuk kuarters kat sini.
Check
dalam tong tu, tinggal setengah dah air dalam 3 tong biru tu. Ni kalau tong
biru tu kehabisan air, terpaksa la call lori air datang. Bila lori air datang
baru rasa happy, pasal boleh la mandi puas-puas dengan syampu mandian yang
berbuih-buih. Baru kepala rasa segar. Sekarang ni tengah berjimat air. Pemakaian
terhad. Jimat…
Air
minuman kami dah sediakan awal. Dengan mengisi botol mineral besar dengan air
paip. Bila-bila nak jerang air, nak memasak boleh la guna air dalam botol tu. Berkotak-kotak
kami simpan. Rasanya ada 6 kotak air simpanan air paip dalam kotak tu. Langkah
persediaan bila menghadapi kes tak ada air. Macam sekarang ni. Sediakan payung
sebelum hujan..hmmm ngam sangat!
5 comments
saya baca pos ini sambil klik iklan,salam kenal kak :-)
saya klik10 kali :-)
Masalah kalau air x ada kan...jenuh
alahai kesiannya... sabar ya..
Lamak dah kamek sik merasa kes sikda aek tok. Dolok kat kampung kamek selalu sikda aek. Apa gik, mandik sungge ler jawabnya. Heheh.
http://angellovesoldier.blogspot.my/
EmoticonEmoticon