Sinopsis Drama Kau, Aku, Kita TV3

Sinopsis Drama Kau, Aku, Kita TV3 Slot Lestary | Kau, Aku, Kita mengisahkan 2 insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina. Iman Firdaus / Aus (Syarul Ridzwan) pelakon terkenal yang sering menjadi buruan wanita dan media. Manakala Iman Firdaus / Iman (Janna Nick) seorang gadis miskin dan berperwatakan kasar.

Pertemuan mereka bermula bila mana, kedua-duanya lari menyelamatkan diri apabila nama Iman Firdaus dijerit oleh penjahat. Aus kehairanan melihat gadis tomboy turut sama berlari di sebelahnya. Dia sempat bertanyakan hal tersebut. Aus menyangka orang yang mengejar mereka adalah peminat fanatiknya.

Mendengar alasan itu menyebabkan Iman ketawa geli-hati. Dia menerangkan kepada Aus bahawa penjahat itu mengejar dirinya sebab tidak membayar hutang. Teletah Iman yang begitu bersahaja membuatkan hati Aus tertarik kepadanya.

Di lokasi penggambaran, Ku Wafa (Tengku Hanis) sibuk bertanyakan pengarah ke mana Aus telah menghilang. Malah dia juga mendesak pengurus Aus iaitu Mus (Isey Titan) untuk menjejaki ke mana lelaki idamannya itu pergi. Mus yang rimas dengan desakan Ku Wafa segera berlalu dari situ.

Datuk Ashari Irfan (Shamsul Ghau Ghau) berang bila membaca gosip anaknya terpampang di akhbar. Malah pertanyaan dari rakan-rakannya membuatkan dia tidak senang duduk. Bila Aus bakal mendirikan rumah tangga? Pertanyaan itu membuatkan Datuk Ashari Irfan nekad untuk mencari jodoh buat anaknya, Aus.

Aus terkejut bila mana ayahnya menyuruh dirinya berkahwin dengan Ku Wafa. Aus membantah sekerasnya. Ayahnya memberi pilihan sama ada Aus berkahwin atau berhenti berlakon. Demi menyayangi dunia lakonannya, Aus memilih untuk berkahwin! Tetapi dengan wanita pilihannya. Datuk Ashari Irfan tersenyum kerana Aus telah mempunyai calon isteri. Hasratnya bakal tertunai tak lama lagi.

Aus membuat perjanjian dengan Iman, dia akan membantu Iman melangsaikan kesemua hutang penjahat dengan keluarganya. Dengan itu, tiada lagi gangguan yang muncul dari mereka. Sebagai balasan, Aus mahu Iman menjadi isterinya. Permintaan Aus yang secara tiba-tiba itu membuatkan Iman terkejut! Namun, dia bersetuju pada akhirnya.

Aus memperkenalkan orang tuanya dengan Iman. Pelbagai insiden kelakar bila mana ibu bapa mengenali keluarganya, terutama adik-adiknya yang begitu teruja bila mana Datuk Ashari Irfan membelikan mereka makanan. Iman tersipu-sipu malu.

Melihat peribadi Iman yang bersahaja, jujur, bertanggungjawab dalam menjaga adik-beradiknya membuatkan ibu dan ayah Aus bersyukur bahawa anaknya memilih calon isteri yang tepat.

Adakah perkahwinan Aus dan Iman akan memberi kebahagiaan pada kedua-duanya? Bagaimana dengan isi hati Ku Wafa terhadap Aus, frust menonggengkah dia kelak. Apakah rahsia besar antara Aus dan Iman hingga dia berjaya membuatkan Iman bersetuju berkahwin dengannya? Saksikan segalanya dalam drama Kau, Aku, Kita di kaca tv anda.

Pelakon Drama Kau, Aku, Kita TV3
Syarul Ridzwan sebagai Iman Firdaus / Aus
Janna Nick sebagai Iman Firdaus / Iman
Isey Titan sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie
Tunku Hanis sebagai Ku Wafa
Hafidz Roshdi
Shamsul Ghau Ghau – Datuk Ashari Irfan
Kuza
 Kay Maria

Gambar Drama Kau, Aku, Kita TV3
Sinopsis drama Kau, Aku, Kita TV3 Slot Lestary, pelakon dan gambar drama Kau, Aku, Kita TV3, ost lagu tema Kau Aku Kita: kau bagaikan udara - Bahrain, Kau Aku Kita episod akhir – episod 13

Gambar Novel Kau, Aku, Kita  
Sinopsis drama Kau, Aku, Kita TV3 Slot Lestary, pelakon dan gambar drama Kau, Aku, Kita TV3, ost lagu tema Kau Aku Kita: kau bagaikan udara - Bahrain, Kau Aku Kita episod akhir – episod 13
'Kau, Aku, Kita’ merupakan drama adaptasi novel karya Orkid Edyliyne

Original Sound Track OST Kau, Aku, Kita
Lagu: Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain

Tonton Kau, Aku, Kita Slot Lestary
Tarikh drama Kau, Aku, Kita mula disiarkan: 28 Oktober 2015
Jumlah episod Kau, Aku, Kita: 13 (episod akhir)
Hari: Rabu – Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

6 comments

cerita dia best kak.. best gila.. saya tengok, tersengih2 sorang2.. best!!

Tertengok semalam secara tak sengaja. Memang best rupanya! Tak sabar nak tengok minggu depan. Antara pelakon-pelakon yang tak kaku. Suka sangat dua orang nih. Hihii..

Salam perkenalan!
http://anakcikgunawi.blogspot.my
(^_^) Harap sudi follow saya.

akak dok pikir siapa la isey titan ni rupanya..yang kumpulan titan tu..kan?/yang orang kelantan tu.siap google pulak...ehehhe

baru je layan Dhia Sofea hopefully cerita ni best dan x cliche mcm kebanyakan drama Melayu huhu

Jom Terjah : Trend Popular Berfesyen Dan Bergaya Jejaka Masa Kini! :)

tgk dari jalan crite best drama nih....

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon