Anakku.. Bila Mak & Ayah Sudah Tua Kelak..

Anak ku...
Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan di tangan...Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku...Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit...Mata semakin kabur...Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...

Anak ku...
Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan...Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, "Mak pekak ke? Mak bisu ke?" atau kata Tak dengar ke?...Aku minta maaf anak ku...Aku semakin MENUA...

Anak ku...
Bila aku tua...
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang...Aku berharap kamu tetap sabar  mendengar dan melayan aku...kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA...Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua...

Anak ku...
Bila aku tua...
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor...Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah di depan aku...Dan tidak menjerit suruh aku mandi...Badan aku lemah...Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri...Mandikan aku seperti mana aku mandikan kamu semasa kecil...

Anak ku...
Bila aku tua...
Sekira aku sakit...temanlah aku, aku ingin anak2 berada bersama ku...

Anak ku...
Bila aku tua...
Dan waktu kematian aku sudah tiba...Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian. Jangan cemas...jangan menangis...hadapi dengan redha...bisikkanlah khalimah syahadah di telingaku.

Pesanan mak dan ayah kepada anaknya, nasihat ibu bapa untuk anak-anak, hargai jasa ibu bapa, amanah menjaga orang tua apabila mereka telah meningkat usia

Mak.. Ayah.. Terima kasih banyak-banyak kerana menjagaku...menyayangiku sepenuh hati. Mendidik aku dari kecil sehingga meningkat dewasa. Jasa pengorbanan ayah dan mak begitu besar dalam hidup kami. Moga mak dan ayah sentiasa dalam redha Allah. 

Pesanan mak dan ayah kepada anaknya, nasihat ibu bapa untuk anak-anak, hargai jasa ibu bapa, amanah menjaga orang tua apabila mereka telah meningkat usia

1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon