Wuduk Sempurna & Solat Dengan Khusyuk

Assalamualaikum rakan pembaca yang dirahmati Allah SWT. Nak share dengan kengkawan semua sedikit ilmu menerusi ceramah oleh Da'i Farhan. Moga-moga kita mendapat ilmu hasil bacaan ini.

3 Panggilan yang perlu disambut sepanjang hidup:
- Panggilan Azan
- Panggilan Haji
- Panggilan Ajal
Wuduk sempurna dengan cara betul, solat dengan khusyuk, tazkirah kewajipan menunaikan solat, rukun wuduk, solat sah, panggilan allah, azan, khalimah allah, solat di masjid

Tazkirah Kewajipan Menunaikan Solat & Wuduk Yang Sempurna
○ Pandai macam mana pun kita dalam ilmu pengetahuan matematik, kita masih tidak dapat mengira jumlah dosa dan pahala.
○ Salah satu hati hendak khusyuk dalam Islam, Apabila dengar azan hatinya berbisik "Allah tengah panggil aku".
○ Salah satu cara hendak khusyuk dalam solat, haruslah khusyuk dahulu wuduknya.
○ Bila dilahirkan, kita diazankan tanpa solat. Bila dimatikan, kita disolatkan tanpa azan.
○ Bila hidup tak datang masjid, dah mati baru nak datang. Datang pun duduk depan Imam.
○ Kalimah masjid disebut sebanyak 27 kali di dalam Al Quran. Dan sebanyak 15 daripada itu dikhususkan dengan menyebut nama masjidnya.
○ Rukun wuduk ada 6, 2 kering dan 4 basah. Yang kering adalah Niat dan Tertib. Yang basah pula adalah muka, tangan, rambut dan kaki.
○ Bila kita nak telefon, tertinggal 1 digit agak mustahil untuk kita membuat panggilan. Begitu juga dengan solat, bila kita tertinggal 1 fardhu, akan terputus panggilan kita dengan Allah swt.
○ Solat itu macam kita online kat Facebook. Kita boleh luahkan rasa sedih dan doa.
○ Nak tahu keputusan perlawanan bola sepak, kita mestilah tengok minit ke 90, bukannya minit pertama. Begitu juga dengan kebaikan hidup seseorang. Kita haruslah tengok minit-minit terakhirnya dan bukannya tengok minit permulaan dan pertengahannya.

Perkongsian yang amat bermanfaat dari Da’i Farhan. Subhanallah… Moga menyuntik kesedaran dalam diri kita di samping meringankan mulut berzikir atas nama Allah Yang Maha Esa.

4 comments

assalamualaikum...terima kasih kongsi maklumat ni,..mengingatkan akan kepentingan solat... :)

mohon bagi sokongan pada kempen yaya ni yaa... :)

http://www.yayacendana.com/2015/10/dtopsecret-berita-gembira-buat.html


EmoticonEmoticon