Bayaran Denda RM1,000 Hilang MyKad (Kad
Pengenalan) Kali Ke-3
Siapa
pernah hilang kad pengenalan? Haaa..berjaga-jagalah korang, sebab kalau korang
hilang mykad buat kali ke-3 korang akan didenda sebanyak seribu ringgit. Mahal
giler! Kempis beg duit kita!
Pengalaman
hilang kad pengenalan memang tak pernah aku alami. Cuma pernah buat penggantian
mykad je. Tu pun sebab cip mykad rosak. Buat kat JPN Putrajaya tahun lepas. Bayaran
untuk gantikan kad pengenalan hanyalah RM10. Eh jangan tak tahu, mykad boleh
siap diproses untuk tempoh sejam je! Cepat kan.. Tak macam zaman dulu-dulu kena
tunggu 2 bulan baru mykad siap. Canggih katakan.
Kadar Denda Hilang MyKad (Kad Pengenalan)
1.
Hilang MyKad kali pertama bayar RM100
2.
Hilang MyKad kali ke-2 bayar RM300
3.
Hilang MyKad kali ke-3 dan seterusnya bayar RM1000
Gambar
MyKad baruku selepas mohon ganti yang baru punya.
Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) menetapkan RM1,000 sebagai kadar baru denda bagi
kehilangan MyKad untuk kali ketiga dan seterusnya. Awas!!!
Pengecualian Denda Hilang MyKad
Ada
diberikan pengecualian jugak untuk kadar denda ni. Pengecualian kepada OKU,
fakir miskin, warga emas berusia 60 tahun ke atas, mengsa bencana, kes jenayah
seperti samun, kecurian dan ragut serta remaja warga Malaysia berusia 18 tahun
ke bawah.
So
dah tahu denda hilangkan MyKad mahal, berwaspadalah kita tempat kita menyimpan
kad pengenalan. Jaga identity card (IC) kita baik-baik.
Oh…
MyKad ku..kisahnya di sini:
6 comments
singgah pagi..
kena simpan dengan lebih berhati²..
sia² je nant byr rm1k...huhu
perggggggggg kena simpan elok2
tapi bergantung dengan report polis juga..kalau betul2 dirompak di ragut bayar rm10 jer...dan sebenarnya kita boleh minta pengurangan bayaran di kaunter....
yarabi..huhu..brapi na gk..
hati hati..jagalah kad pengenalan itu elok elok..1000 ringgit tu boleh dimanfaatkan kepada perkara lain..
kena jaga baik-baik ni. huhu
EmoticonEmoticon