Telefilem Travelling Beruang TV3

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang TV3 | Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.

 Sinopsis telefilem Travelling Beruang TV3, pelakon dan gambar drama Travelling Beruang TV3
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Siti Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi? Saksikan segalanya menerusi telefilem Travelling Beruang di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Travelling Beruang TV3
Adit - Ungku Ismail Aziz
Lisa - Zara Zya
Zamani - Zul Huzaimy
Aishah - Yuyun Yuslin
Kat – Siti Elizad Sharifuddin

Gambar Telefilem Travelling Beruang TV3 
Sinopsis telefilem Travelling Beruang TV3, pelakon dan gambar drama Travelling Beruang TV3

Tonton Travelling Beruang
Tarikh telefilem Travelling Beruang disiarkan: 31 Oktober 2015 & 1 November 2015
Hari: Sabtu & Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

2 comments

Lain dr yg lain nampaknya...kena tgk ni..

Nak tengoklah :-)


EmoticonEmoticon