Tidak Wujud Jerebu Kuning Di Malaysia

Beberapa hari lepas baca kat Facebook ramai yang heboh dengan fenomena jerebu kuning. Jerebu yang berwarna asap kelabu bertukar menjadi warna kuning. Pemandangan yang menakutkan. Ye la, kita takutkan kesan bahaya akibat jerebu kuning ni.

Alhamdulillah, menerusi kenyataan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia belum lagi dilanda jerebu kuning. Fuh…lega. Syukur… risau akan kesan sampingan jerebu kuning ni terhadap kesihatan kita.

Fenomena jerebu kuning melanda Malaysia, gambar pemandangan jerebu berwarna kuning, bahaya jerebu kuning, jerebu kuning viral di laman sosial

Bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena jerebu kuning. Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam). – JAS

Khabarnya masalah jerebu ni akan berlarutan hinggalah awal tahun 2016. Pergh..lama giler! Sedangkan keadaan sekarang pun dah cukup buat kita rimas dengan kehadiran jerebu yang sangat tak menyelesakan. Hutan kat Indonesia masih lagi terbakar dengan maraknya. Berharap sangat masalah jerebu ni segera berakhir.

4 comments

This comment has been removed by a blog administrator.

lawak pulak baca. Majoriti kat media sosial akak bukan mereka menyebarkan viral tapi mereka bagitau mereka nampak jerebu kuning. Admin page kakimotong sendiri snap gambar jerebu kuning & dia buktikan gambar dia bukan edit. Area rumah akak pun even tutup tingkap akak boleh nampak cahaya kuning. macam mana laporan kata tiada jerebu kuning.. memang agak kelakar

kak suria.. haah.. haritu mmg pelik dari biasa.. tutp tingkap tp cahaya kuning tu dari tengahari..macam dah nak senja je rasa..kuning gitu..padahal baru pukol berapa.. lau bkn jerebu kuning, so apakah yg berlaku hari itu? huhu...

rasanya tu mcm dah edit...kuning mcm x adalah..tp jerubu kuat tu mmg nampak la


EmoticonEmoticon