Kontroversi Kentut Dalam Kehidupan

Siapa sangka isu kentut pun boleh dijadikan sebagai pedoman dalam menilai keperibadian seseorang. Kentut merupakan augerah yang diberikan oleh Pencipta malah ia merupakan satu nikmat dapat melepaskan angin kentut, hahaha.

Bagaimanapun, tolonglah berwaspada akan tabiat kentut ini yang mungkin dapat mencetuskan ketidakselesaan ramai. Silap-silap boleh gaduh hanya kerana kentut. Jom kenali diri anda melalui cara dan tabiat kentut pula. Jangan ada yang tersengih-sengih malu pula lepas baca yer, ihiks!

jenis kentut

ORANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.
ORANG BANGANG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
ORANG BERWAWASAN LUAS
Orang yang tahu bila harus kentut.
ORANG YANG PELAHAP
Kentut time tengah makan.
ORANG YANG PERIANG
Kentut pelan-pelan kemudian senyum sorang sorang.
ORANG SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.
ORANG MISTERIOUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
ORANG GUGUP
Orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.
ORANG SADIS
Orang yang kentut dalam kain/selimut, lalu dikibaskan baunya.
ORANG MODEN
Orang yang tiap kali kentut, mesti cakap excuse me.
ORANG YANG SOPAN
Kentut sikit-sikit dengan perlahan sambil kepitkan paha.
ORANG YANG BENGAP
Orang yang kentut kuat dan busuk, tiada yang tahu tapi tiba-tiba dia mengaku dengan bangganya.
ORANG TEGAS
Orang yang kentut sebiji dengan kuat, terang dan jelas bunyinya.
ORANG KREATIF
Bunyi kentut mendayu-dayu dan meleret dengan ton tersendiri.
ORANG BRUTAL
Orang yang kentut tak bunyi tapi bau melekat satu rumah. Busuk gila.
ORANG YANG MALANG
Orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi.

Kentut yang mana satukah anda? Hihi…lawak! Senyum sengsorang membacanya. Perkongsian dari Whatsapp.

3 comments

baru tau hihi
*ziana singgah sini ^_^

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon