Drama Cinta Si Wedding Planner TV3

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner Drama TV3 Slot Akasia | Cinta Si Wedding Planner mengisahkan Izara Batrisya (Mira Filzah), seorang perunding perkahwinan (wedding planner), gagal dalam hubungan cintanya bersama Bazli (Fadlan Hazim Anuwar).

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner drama TV3 Slot Akasia, pelakon dan gambar Cinta Si Wedding Planner TV3

Fariz Adryan (Adi Putra) merupakan bekas tentera laut. Hubungannya dengan Shirah juga turut kecundang. Segalanya bermula apabila Shirah (Shima Anuar) curang dalam perhubungan mereka. Semenjak kejadian itu, Fariz menutup hatinya pada mana-mana wanita. 

Puan Marina iaitu salah seorang pelanggan Zara tersentuh melihat perwatakan Zara yang begitu mulia. Dia mengambil keputusan untuk menjadikan Zara sebagai anak angkatnya.  Pada masa yang sama, Puan Marina juga telah mempunyai 4 orang anak.

Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara.

Fariz sering melindungi Zara bila mana Bazli kembali menganggu Zara. Fariz bertekad ingi mengahwini Zara. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

Fariz yang tidak pernah berputus asa sentiasa menunjukkan usahanya dalam merebut cinta Zara. Hingga akhirnya hati Zara terpaut padanya. Zara begitu mencintai suaminya, Fariz! Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta.

Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara? Saksikan segalanya dalam drama Cinta Si Wedding Planner di kaca tv anda.

Pelakon Drama Cinta Si Wedding Planner TV3
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya
Adi Putra sebagai Fariz Adryan
Shima Anuar sebagai Shirah / Nadia
Fadlan Hazim sebagai Bazli

Gambar Drama Cinta Si Wedding Planner TV3 
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner drama TV3 Slot Akasia, pelakon dan gambar Cinta Si Wedding Planner TV3

Saksikan Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia
Jumlah episod drama Cinta Si Wedding Planner: 28 (episod akhir)
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3

2 comments

This comment has been removed by a blog administrator.

dh baca novelnya..best. xsabar nak tengok drama cinta si wedding planner =)


EmoticonEmoticon