Drama Memori Cinta Suraya

Sinopsis Drama Memori Cinta Suraya Siaran Astro | Memori Cinta Suraya mengisahkan seorang gadis bernama Suraya (Anzalna Nasir) yang jatuh cinta pada Rayyan (Hisyam Hamid), jejaka kaya dari keluarga berada. Mereka dipertemukan dalam insiden yang tak terduga. Rayyan mengahwini Suraya ketika dia dalam keadaan amnesia. Kemalangan akibat pesawatnya terhempas telah menyebabkan dirinya lupa ingatan.

Ketika dalam jagaan Suraya, Rayyan jatuh hati pada sikap prihatin Suraya. Mereka jatuh cinta dan memutuskan untuk berkahwin. Hasil perkahwinan mereka, lahirlah seorang bayi lelaki comel.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu ketika Rayyan menuju ke bandar. Ingatannya kembali pulih. Rayyan sudah mengingati siapa dirinya. Dia teringat pada Irina (Miera Leyana), tunangannya sebelum kejadian pesawat terhempas. Rayyan kembali ke tempat asalnya. Melupakan Suraya, isteri yang telah dia kahwini.

Irina berang bila mengetahui Rayyan telah menikahi gadis lain. Pelbagai rancangan jahat Irina untuk menjatuhkan Suraya. Bahagiakah Rayyan bersama Irina? Adakah Rayyan akan kembali bersatu bersama Suraya? Saksikan segalanya dalam drama Memori Cinta Suraya di kaca tv anda.

Pelakon Drama Memori Cinta Suraya
Hisyam Hamid sebagai Megat Rayyan
Anzalna Nasir sebagai Suraya
Afiq Muiz sebagai Megat Haikal
Marisa Yasmin sebagai Tengku Elina
Miera Leyana sebagai Irina
Iqram Dinzly sebagai Rizal
Syafnida Shuhaimi sebagai Mariana
Kay Khydir sebagai Naufal
Nafiez Zaidi as Tariq
Nazeera Sardi sebagai Vanida/Rozana
Syuhaida Abraz sebagai Cici
Arash Mohd sebagai Datuk Amran
Watie Sadali sebagai Datin Raziah
Kufridah sebagai Nenek Nona
Zarynn Min sebagai Zulaikha
Riezman Khuzaimi sebagai Darwis
Liza Abdullah sebagai Shamsiah

Gambar Drama Memori Cinta Suraya 
Sinopsis drama Memori Cinta Suraya, pelakon, gambar Memori Cinta Suraya, drama Memori Cinta Suraya diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul 'A Love To Remember'.
Lakonan Anzalna Nasir & Hisyam Hamid dalam drama bersiri Memori Cinta Suraya

Drama Memori Cinta Suraya diadaptasi dari telenovela Mexico berjudul 'A Love To Remember'. Dalam drama ni ada 148 episod. Fuh, mesti drama ni lama disiarkan kat tv.


Original Sound Track OST Memori Cinta Suraya
Lagu: Milikmu Selamanya
Penyanyi: Siti Nurhaliza


Saksikan Memori Cinta Suraya
Jumlah episod drama Memori Cinta Suraya: 148 (episod akhir)
Tarikh Memori Cinta Suraya mula disiarkan: 17 Ogos 2015
Hari: Isnin-Jumaat
Jam: 6.30 petang
Saluran: Astro Mustika HD (134) & Astro Bella (133)

1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon