Drama Dhia Sofea TV3

Sinopsis Dhia Sofea Drama TV3 Slot Samarinda | Dhia Sofea mengisahkan gadis bernama Dhia Sofea (Amyra Rosli) membuat pencarian siapa ibu kandungnya. Dhia sebelum ini dijaga oleh Mak Yam (Norlia Ghani) sehinggalah Dhia meningkat dewasa. Mengetahui dirinya hanya anak angkat kepada Mak Yam, Dhia nekad mencari ibu kandungnya.

Mak Yam turut membesarkan Din (Syafiq Kyle), yang mana Din ialah anak yatim piatu. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim Anuwar). Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Lorena seorang usahawan berjaya di Kuala Lumpur. Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia berterusan mendesak Lorena untuk menceritakan perkara sebenar tentang pertalian darah mereka. Malangnya Lorena enggan mengaku Dhia sebagai anak kandungnya.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Faye Kusairi
 & Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly? Saksikan segalanya menerusi drama Dhia Sofea di kaca tv anda.

Pelakon Drama Dhia Sofea TV3
Amyra Rosli sebagai Dhia Sofea
Fadlan Hazim sebagai JJ
Syafiq Kyle sebagai Din
Maria Farida sebagai Lorena
Sharifah Haslinda sebagai Dolly
Sasqia Dahuri sebagai Tina
Raja Ema sebagai Cik Non
Dato Eizlan Yusof sebagai Mahadi
Faye Kusairi sebagai Dolly
Puteri Octovia sebagai Lorena
Norlia Ghani sebagai Mak Yam

Original Sound Track OST Dhia Sofea
Lagu: Merindukanmu
Penyanyi: D'Masiv

Gambar Drama Dhia Sofea TV3 
Sinopsis Dhia Sofea Drama TV3 Slot Samarinda, pelakon dan gambar drama Dhia Sofea TV3, OST lagu tema Dhia Sofea TV3 Merindukanmu : d'Masiv
Suka tengok lakonan Amyra Rosli menerusi watak Dhia Sofea

Saksikan Dhia Sofea
Jumlah episod drama Dhia Sofea: 15 (episod akhir)
Tarikh Dhia Sofea mula disiarkan: 14 Oktober 2015
Hari: Rabu - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

2 comments

Wahh...sedap gayanya....takde la asik kisah kawen paksa...terpaksa kawen....kawen terpaksa dah

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon