Drama Plan Cinta Tak Jadi

Sinopsis Drama Plan Cinta Tak Jadi (Astro)| Plan Cinta Tak Jadi mengisahkan hubungan akrab antara Melina (Nur Fathia Latiff) dan Cici (Ramona Zam Zam) yang tinggal serumah. Jirannya pula bernama Anaz (Fattah Amin), jejaka kacak yang Melina ingin jodohkan dengan Cici.

Sinopsis drama Plan Cinta Tak Jadi (Astro), pelakon dan gambar drama Plan Cinta Tak Jadi, Download OST lagu tema drama Plan Cinta Tak Jadi, lagu Senyum : Aziz Harun
Gabungan pelakon si cantik Fathia Latif & Fattah Amin yang hensem dalam drama Plan Cinta Tak Jadi tayangan Astro

Segalanya bermula apabila bekas kekasih hati Cici iaitu Fariz (Mark Adam) telah mengecewakan hatinya. Cici yang begitu gembira ingin menemui Fariz, frust menonggeng bila Fariz memberitahu ingin memutuskan hubungan mereka. Risau melihat keadaan Cici yang begitu murung dan sedih, Melina mencari jalan cara bagaimana untuk menjodohkan Cici dengan lelaki baik.

Kebetulan, jejaka sebelah rumah iaitu Anaz seorang yang rajin solat, bertanggungjawab, mempunyai kerjaya sebagai mekanik. Pendek kata memang calon yang sesuai untuk dijadikan suami mithali. Melina merencana rancangannya untuk menjodohkan Cici dan Anaz.

Melina memberitahu Anaz untuk mengorat sahabat baiknya itu. Dalam keadaan yang masih bersedih, Cici berkenalan dengan Sufian (Arja Lee). Sufian mengaku dirinya masih bujang. Perwatakannya yang kemas dengan berbaju kemeja, smart, mempunyai kereta mewah, membuatkan Cici jatuh hati padanya. Siapa sangka, lelaki bermulut manis itu sudah mempunyai isteri dan 2 orang anak.

Sara (Kaka Azraf) merupakan isteri Sufian. Sifatnya yang suka mengongkong suami dan anak manja dalam keluarga berada membuatkan Sufian menjadi lelaki playboy di luar sana. segala kesalahan suaminya akan dilaporkan kepada ibunya. Manakala ibunya nanti akan memarahi Sufian dan mengugut untuk tidak meyerahkan syarikat kepadanya.

Mengetahui Sufian sudah mempunyai isteri dan anak, Anaz serba salah untuk memberitahu perkara sebenar kepada Cici. Ini kerana dia tidak mahu melukai hati gadis itu setelah hubungan cinta Cici dengan bekas kekasihnya gagal di tengah jalan. Malah lebih ditakutinya, Melina akan memarahinya kelak. Pastinya akan mencetuskan perang mulut antara mereka.

Berjayakah Melina menyatukan cinta antara Cici dan Anaz? Bagaimana pula dengan Sufian, adakah Sufian akan mengahwini Cici? Atau kembali pada isterinya semula. Melina? Adakah ada bibit-bibit cinta antara Melina dan Anaz? Jangan lupa tonton drama Plan Cinta Tak Jadi di kaca tv anda.

Pelakon Drama Plan Cinta Tak Jadi
Fathia Latiff sebagai Melina
Fattah Amin sebagai Anaz
Arja Lee sebagai Sufian
Ramona Zam Zam sebagai Cici
Kaka Azraf sebagai Sara
Mark Adam sebagai Fariz

Gambar Drama Plan Cinta Tak Jadi 
Sinopsis drama Plan Cinta Tak Jadi (Astro), pelakon dan gambar drama Plan Cinta Tak Jadi, Download OST lagu tema drama Plan Cinta Tak Jadi, lagu Senyum : Aziz Harun

Original Sound Track OST Plan Cinta Tak Jadi
Lagu tema drama Plan Cinta Tak Jadi (Astro)
Lagu: Senyum
Penyanyi: Aziz Harun
  
Saksikan Plan Cinta Tak Jadi
Tarikh Plan Cinta Tak Jadi mula disiarkan: 10 Ogos 2015
Jumlah episod Plan Cinta Tak Jadi: 13 (episod akhir)
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon