Kita
selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong² radio & di
kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah² yang telah melakukan
jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh & sebagainya.
Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai mati. Membayangkan sahaja sudah cukup menyeramkan! Menakutkan!! Moga kita dijauhkan dari semua ini.
Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai mati. Membayangkan sahaja sudah cukup menyeramkan! Menakutkan!! Moga kita dijauhkan dari semua ini.
Semoga
artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika
kita terlibat dalam jenayah besar & juga kecil, kerana dari yang kecil akan
membawa kepada yang lebih besar.
TALI GANTUNG UNTUK LAKSANAKAN HUKUMAN GANTUNG
MANDATORI
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang
paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit
banduan yang akan digantung.
Setiap
satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa
diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan
patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap
tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai
senjata & ianya disimpan di dalam peti besi. Setiap tali gantung yang
diterima ada perkiraannya. Ada cara² yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil
& terus pasang. Ada empat jenis tali & tali tersebut dipilih mengikut
berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN BANDUAN DITOLAK
Di
Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan
akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini
menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka & hanya boleh
meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan
akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun² sehingga habis keseluruhan proses
rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah
Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak,
Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman &
di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta
masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu
untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam
biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh.
Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh
berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung
selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya
banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar
dengan tangan bergari & kawalan ketat. Semasa banduan akhir berada di bilik
pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih
awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya
suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga
diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN BANDUAN AKHIR
Kebanyakan
banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu
begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin solat, tak kira
agama, menunggu dengan tenang & sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja
yang menjadi agresif sehingga ke saat² terakhir.
Menurut
seorang petugas penjara yang bernama Samsul, ‘Ada sesetengah banduan puas hati
& beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila
mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik
gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di
hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena
dan kertas untuk nota terakhir. ‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara
kata² terakhir seorang banduan untuk anak²nya, yang masih Samsul ingat.
Banduan
juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. ‘Ada
banduan beragama Islam hanya mahu pakai T-shirt putih & seluar solatnya.
Ada yang memilih kot & tali leher. Ada yang pakai kasut kulit berharga
RM300. Mati penuh bergaya, kata banduan itu dengan jenaka,’ cerita Samsul. Hukuman
gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah &
doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILIK MENJALANKAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI
Pintu
perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik
renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada
ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka
dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut
Samsul, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke
bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik
‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira²
15 saat. Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samsul, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan
diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya
sering ingatkan pembantu² saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah
menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. ‘Bagi
saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan
saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh ketua saya dahulu,’ kata
Samsul.
Menjalankan
tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samsul. Beliau menasihatkan
ibu bapa supaya memupuk nilai² murni kepada anak² mereka untuk mengelak mereka
terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala²nya
bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya,
kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’
katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
- Kisah
benar yang diceritakan oleh pegawai penjara yang bertugas di Penjara Kajang –
(Perkongsian
dari WhatsApp)
Semoga
perkongsian ini menginsafkan dalam diri kita. Setiap apa yang kita lakukan,
fikir semasaknya, agar tindakan kita tak terjerumus ke dalam kancah jenayah. Pantau
aktiviti anak-anak, apa yang mereka lakukan, dengan siapa mereka berkawan, ke
mana mereka menghabiskan masa lapang. Terapkan didikan awal bermula dari rumah.
Terutamanya didikan agama. Moga kita semua terhindar dari perkara buruk
sebegini, moga Allah lindungi kita dan merahmati hidup kita. Salam Jumaat.
4 comments
sayu hati ...macamana la perasaan family banduan akhir ni kan :)
menakutkan la...x berani nak bayangkan....
memang ngeri...
pernah dengar cerita dari orang yg laksanakn hukuman gantung.
diorang sendiri kadang-kadang xleh tido.
mati depan diorang saper boleh tido.
seram baca
EmoticonEmoticon