Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku TV3

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku Drama TV3 Slot Lestary | Cik Cinderella Dan Encik Tengku mengisahkan seorang gadis bernama Puteri Nuraisha (Zahirah Macwilson) yang sering disisihkan oleh keluarga ibu tirinya. Sha (Puteri Aishah) merupakan kakak Puteri. Lebih mengecewakan lagi, ayahnya sering sahaja melebihkan Sha berbanding dirinya.

 Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku drama TV3 Slot Lestary, pelakon dan gambar drama Cik Cinderella & Encik Tengku TV3, Cik Cinderella & Encik Tengku episod akhir – episod 13

Ashraf (Shah Iskandar) merupakan kekasih Puteri. Sikap Ashraf yang suka berbelanja, boros dan suka berhutang membuatkan cinta Puteri kepadanya semakin pudar. Kehadiran jejaka tampan dan berperwatakan tenang iaitu Daniel (Shukri Yahaya) membuatkan Puteri tertarik kepada lelaki itu.

Dalam diam, Puteri menaruh perasaan terhadap Daniel. Puteri  terasa dihimpit apabila mengenangkan amanat arwah ibunya. Permintaan ibunya agar dia mengahwini Ashraf. Puteri berasa serba salah. Cintanya terhadap Ashraf telah lenyap! Malah cintanya beralih arah kepada Daniel.

Perkahwinan Puteri dan Ashraf diatur rapi oleh ibu tirinya. Siapa sangka, lelaki yang bakal dikahwininya mempunyai kaitan dengan kakak tirinya iaitu Sha! Ashraf dan Sha sudah lama mempunyai hubungan sulit. Malah dirinya juga langsung tidak pernah perasaan tentang cinta mereka berdua.

Hubungan mereka terbongkar apabila berlakunya kejadian yang sangat mengaibkan! Hingga menyebabkan perkahwinan mereka dibatalkan pada hari itu. Demi cintanya terhadap Ashraf, Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan.

Di saat yang huru-hara itu, mujur ada Daniel yang berterusan mempertahankan Puteri. Puteri rasa terharu dengan tindakan Daniel. Apakah ada ikatan istimewa antara Puteri dan Daniel? Bagaimana Puteri ingin merealisasikan amanat ibunya? Adakah dia akan tetap mengahwini Ashraf? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha? Saksikan segalanya menerusi drama Cik Cinderella & Encik Tengku di kaca tv anda.

Pelakon Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku TV3
Zahirah Macwilson sebagai Puteri Nuraisha
Shukri Yahaya sebagai Daniel
Shah Iskandar sebagai Ashraf
Puteri Aishah sebagai Sha
Dato' Eizlan Yusof sebagai En Megat
Aleeza Shadan sebagai Pn Noraini
Aida Khaleeda sebagai Umi
Sherry Al Hadad sebagai Kak Tim
Zulin Aziz sebagai Jee

Gambar Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku TV3
Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku drama TV3 Slot Lestary, pelakon dan gambar drama Cik Cinderella & Encik Tengku TV3, Cik Cinderella & Encik Tengku episod akhir – episod 13

Gambar Novel Cik Cinderella Dan Encik Tengku
 Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku drama TV3 Slot Lestary, pelakon dan gambar drama Cik Cinderella & Encik Tengku TV3, Cik Cinderella & Encik Tengku episod akhir – episod 13
Cik Cinderella dan Encik Tengku merupakan drama yang diadaptasi daripada novel karya Airisz

Tonton Cik Cinderella Dan Encik Tengku Slot Lestary
Tarikh drama Cik Cinderella dan Encik Tengku mula disiarkan: 16 Disember 2015  
Jumlah episod Cik Cinderella dan Encik Tengku: 13 (episod akhir)
Cik Cinderella dan Encik Tengku episod akhir - episod 13
Hari: Rabu - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

1 comments so far

Kena tengok ni :-)


EmoticonEmoticon