Lebuhraya Pan Borneo Sabah & Sarawak Tiada Bayaran Tol

Dah dengar pembentangan BAJET 2016? Part yang aku suka, Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak adalah bebas daripada bayaran tol. Itu bermakna tiada bayaran tol dikenakan. Tol free youuu.. Alhamdulillah..

Lebuhraya Pan Borneo Sabah & Sarawak bebas daripada bayaran tol, tol free di Sarawak, tidak perlu bayar tol di jalan raya Sarawak

Lebuhraya Pan Borneo masih dalam pembinaan. Sepanjang menggunakan jalan raya di Sarawak yang menghubungkan Mukah – Sibu – Sarikei – Betong – Sri Aman – Serian – Kuching, adalah jugak jalan raya yang ditambah lebar sedikit jika dibandingkan jalan raya dulu. Malah ada kawasan untuk potong kereta, even taklah sejauh mana. Syukur kata orang. Daripada ‘nadai’. 

Lebuhraya Pan Borneo Sabah & Sarawak bebas daripada bayaran tol, tol free di Sarawak, tidak perlu bayar tol di jalan raya Sarawak

Malah aku amat memuji ketua menteri Sarawak yang baru ni, iaitu TAN SRI DATUK PATINGGI HAJI ADENAN SATEM sebab dah tak ada lagi bayaran tol yang dikenakan kat Sibu dan Kuching tu. Kalau dulu setiap kali balik ke Kuching, kena bayar tol RM3.00 kat jambatan lanang Sibu tu. Sekarang dah tak ada lagi. Tol free. Yey..

4 comments

This comment has been removed by a blog administrator.

Alhamdulillah, semoag ia dapat mempermudahkan lagi perjalanan kan Yumida ;)

Oh tiada bayaran tol :-)


EmoticonEmoticon