Drama Alaa Bib TV3

Sinopsis Alaa Bib Drama TV3 Slot Iris | Alaa Bib mengisahkan Bibah atau Bib (Risteena Munim) seorang gadis kampung yang naif namun berjiwa besar apabila mengimpikan sebuah kehidupan yang kaya raya. Bib berstatus penganggur kerana sikapnya yang memilih pekerjaan. Dia hanya mahu bekerja untuk jawatan yang menawarkan gaji besar.

Sinopsis Alaa Bib drama tv3 slot iris, pelakon dan gambar drama Alaa Bib tv3, ost lagu tema drama Alaa Bib tv3

Bib gembira bukan kepalang apabila menerima sekeping poskad dari insan yang istimewa dihatinya, Hakim. Hakim menyatakan dia ingin mengahwini gadis yang dicintainya. Bib yang penuh perasan menyangka Hakim akan menikahinya. Sehinggakan dia sanggup menolak lamaran Lokman (Ammar Titan). Lokman menaruh hati pada Bib sejak kecil lagi.

Bib dikejutkan dengan kepulangan Hakim yang rupa-rupanya ingin meminta Bib untuk menjadi pengapit bakal isterinya, seorang wanita yang dikenalinya di London. Bib kemudiannya bertemu semula dengan teman lamanya, Mira (Atikah Suhaime) yang sudah berubah menjadi lebih cantik dan kaya. Bibah mendapat tahu bahawa Mira menjadi kaya raya kerana dia telah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya.

Mira mengajak Bib untuk melakukan pelaburan. Setelah dirayu-rayu oleh Bib, ibunya meminjamkan wang sebanyak RM2000 untuk pelaburan yang sebenarnya ingin digunakan oleh Bibah untuk membeli baju baharu, alat solek dan perhiasan dengan satu tujuan, iaitu untuk memikat lelaki kaya. Dia mengimpikan sebuah rumah besar yang punya kolam renang seperti yang dimiliki oleh sahabatnya, Mira.

Sekalipun tanpa kelulusan SPM yang baik, Bib sentiasa yakin dia pasti akan mencapai impiannya. Bib dicintai oleh Lokman, seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai pemandu lori. Walau bagaimanapun Lokman tidak menepati ciri-ciri lelaki impian Bib. Secara kebetulan Bib bertemu dengan peminatnya sewaktu darjah satu bernama Mikail. Namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mencetuskan pergaduhan demi pergaduhan. Bib akhirnya meminta bantuan Mikail untuk mengenalkannya dengan mana-mana kawan Mikail yang berstatus kaya dan bujang. Mikail kemudian memperkenalkan Bib dengan Joeran.

Setelah Joeran mula memberikan cinta, Mikail pula rasa bersalah dengan Joeran yang baik itu. Mikail memberitahu Joeran tentang impian Bib untuk jadi kaya dan hanya menggunakan Joeran untuk mencapai impiannya. Joeran mula menjauhkan diri. Tetapi tanpa disangka, Bib sebenarnya benar-benar jatuh cinta terhadap Joeran dan berusaha mendapatkan Joeran kembali.

Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya Joeran ingin menoktahkan cintanya dengan perkahwinan. Bib bersetuju dengan syarat hantaran RM50,000 dan sebuah kolam renang dibina di hadapan rumah ibunya. Joeran bersetuju. Namun selepas Joeran memberikan 25 ribu, Bib tiba-tiba menghilangkan diri. Mikail menuduh Bib melarikan diri dengan wang pemberian Joeran.

Namun segalanya terungkai apabila Bib rupanya terpaksa menggunakan wang itu sebagai pendahuluan untuk pembedahan jantung ibunya. Bib meminta maaf kepada Joeran. Dia sanggup kehilangan Joeran, sanggup melupakan impiannya untuk menjadi kaya demi kasihnya terhadap ibu. Joeran akhirnya menerima cinta Bib semula. Tidak cukup dengan itu, Joeran telah membayar keseluruhan kos pembedahan ibu Bib. Impian Bib untuk menjadi kaya, tinggal di rumah besar yang punya kolam renang akhirnya menjadi realiti. Saksikan segalanya dalam drama Alaa Bib di kaca tv anda.

Pelakon Drama Alaa Bib TV3
Nur Risteena Munim - Bibah/Bib
Iqram Dinzly - Mikail
Atikah Suhaime - Datin Mira
Ammar Titan - Lokman
Syafiq Kyle - Joeran
Ikhlas Jalil
Sheila Mambo

Gambar Drama Alaa Bib TV3
Sinopsis Alaa Bib drama tv3 slot iris, pelakon dan gambar drama Alaa Bib tv3, ost lagu tema drama Alaa Bib tv3

Saksikan drama Alaa Bib
Tarikh Alaa Bib mula disiarkan: 12 Oktober 2015
Jumlah episod Alaa Bib: 20 (episod akhir)
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 6.30 – 7.00 malam
Saluran: TV3


Baca:

Biodata pelakon drama Alaa Bib TV3:
Biodata Risteena Munim – watak Bib / Bibah
Biodata Syafiq Kyle - watak Joeran

Biodata Atikah Suhaime – watak Datin Mira

6 comments

semalam baru tengok cerita ni..best pulak..

Jalan ceritanya...hmmm....terlalu cindarella sangat...
Tp takpe...sbb dah lama tak tgk drama melayu...hahaha...siang anak tgk tviq...mlm habis berita tutup...pelakon baru pun tak berapa kenal sekarang ni

Hehe...ada unsur komedi cerita ni..

This comment has been removed by a blog administrator.

actually baru je lyn drama ni satu hari dh khatam sampai episode 19 tapi bila baca sinopsis kt blog ni dah tau plak cerita ni sampai habis,x suprise dah haha, rasanye Dhia Sofea lagi best kot..

Jom Terjah : Fesyen Lelaki Popular yang.. Perlu ke?



EmoticonEmoticon