Soalan:
Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di
luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh
benih yang boleh menjadi anak.
Jawapan:
1.
Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan
dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal
ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang
terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ
“Kami
melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Maksud
Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa
al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran. Maka
dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung
adalah diharuskan. Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan
mengandung. Namun oleh kerana wujudnya hadis Muslim yang menamakan ‘azal
sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan
ulama memakruhkan perbuatan ini.
2.
Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang
kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (orgasm), maka
suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri. Ini kerana
persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri,
maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat
kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata:
“Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan
isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana
persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari,
10/385, Beirut: Dar al-Fikr).
3. Perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang
kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan
kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah. Jika
disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau keadaan
tertentu yang mendesak maka ia diizinkan. Namun jika digunakan pencegah
kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama. Ini
jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita
memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan suara umat Islam
dalam negara ini. sumber
Facebook DrMAZA.com banyak berkongsi ilmu, menambahkan lagi pengetahuanku
yang sedia ada. Kat Facebook ni macam-macam orang yang kita jumpa. Ada yang
suka memberikan pendapat, berdiskusi, malah ada yang suka berdebat tentang
benda-benda remeh. Layan je la.. Hahaha. Jom follow Facebook Dr Maza, banyak
ilmu yang kita peroleh.
6 comments
As slm...tq for sharing :)
Alhamdulillah... ilmu baru... thx for sharing kak yumida :)
Thanks for sharing....planning sbb mama full package risk bila preggy...darah tinggi...diabetis...kurang darah
Harus dan makruh bergantung pada situasi si ibu kan yumida..asal jangan sampai haram dan berdosa(contoh menggugurkan dengan alasan duit tak cukup)
Thanks for sharing
EmoticonEmoticon